KWSP - Apa? Mengapa? Siapa? Bila? (Part 1)
Setiap kali aku lalui Federal Highway, pasti inilah bangunan yang akan aku lihat, baik sengaja mahupun tak sengaja. Memang inilah pemandangan yang akan terpapar dimata sang pemandu / penumpang kenderaan baik awam, mahupun persendirian
Dahulu, aku tak pernah tahu, apakah fungsinya KWSP ini. Yang aku tahu, ia adalah salah satu badan yang menguruskan wang, seperti namanya - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Tapi, aku mahu tujukan beberapa persoalan pada anda;
- Tahukah anda, apakah itu KWSP?
- Apakah yang dimaksudkan dengan 'mencarum' dalam KWSP?
- Apa kepentingan mencarum dalam KWSP?
- Siapakah yang harus mencarum dalam KWSP?
- Bilakah kita mampu mengeluarkan wang caruman?
Aku akan cuba menerangkan dalam bahasa mudah tentang KWSP
Apa itu KWSP?
KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. (sumber; laman web KWSP)
KWSP - simpanan masa tua anda |
Secara mudahnya, KWSP berfungsi untuk menyimpan wang daripada perolehan gaji semua pekerja, yang wajib dipotong setiap bulan bagi memastikan kemudahan setelah persaraan.
Inilah yang dimaksudkan dengan caruman pekerja - sebahagian wang gaji yang diperoleh kemudian disimpan dalam KWSP
Berapa banyak yang perlu dicarum dalam KWSP?
Berbeza mengikut gaji bulanan masing-masing;
RM5,000 dan kebawah ; 11% (dari caruman pekerja), 13% (dari syer majikan)Lebih RM5,000 ; 11% (dari caruman pekerja), 12% (dari syer majikan)
e-Caruman; kini semakin mudah untuk pemilik syarikat |
Apa kepentingan mencarum dalam KWSP?
Ya, soalan yang pastinya ditanya oleh semua orang. Antara kepentingannya adalah;
- Mematuhi Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452), sekaligus mengelakkan syarikat dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Malaysia.
- Simpanan wang yang WAJIB bagi memastikan setelah persaraan, kita mampu menyara hidup sendiri
Caruman KWSP boleh diguna untuk langsaikan hutang?
Jawapanku, ya dan tidak
Ya - bergantung pada anda sendiri, setelah peroleh wang hasil caruman KWSP, anda mahu buat apa sahaja dengan wang tersebut. Mahu bayar hutang? Mahu buat hutang baru? Mahu 'enjoy' sakan? Terpulang pada anda.
Tidak - ini tindakan yang kurang matang bagi sesetengah golongan. Ini adalah kerana, wang tersebut boleh dilaburkan dalam perkara seperti Amanah Saham, Tabung Haji, Saham, dan macam-macam lagi. Bergantung kepada keinginan masing-masing.
Nantikan KWSP (part 2) yang bakal menyusul. Antara 'sneak peak';
- akaun-akaun yang wujud dalam KWSP
- pengeluaran wang untuk pembelian rumah
- pengeluaran wang untuk pelaburan
- pengeluaran wang ketika persaraan
Tqsm. Sgt membantu. Info tersusun.
ReplyDelete-Syerasyera-
CaraMudahSemakPenyataKWSP
ReplyDelete