Showing posts with label wanita hamil. Show all posts

Mengandung, Tapi Rahim Tak Berisi

Baru-baru ini, semasa saya bertugas diatas talian, suatu kes kecemasan telah berlaku, yang melibatkan aku, MO dan doktor pakar. Ketiga-tiga kami terpaksa masuk ke dedwan bedah pada pukul 12 tengah malam kerana kes kecemasan ini.

----------------------------------------

Puan A: Doktor, saya dah lama sakit perut. Hari ini tiba-tiba keluar darah pula. Bukankah sepatutnya, kalau mengandung 'period' tak datang?
Aku: Ya, memang period patut tak datang kalau mengandung. Kalau berdarah tu, maksudnya puan dan kandungan puan dalam bahaya. Sejak bila sakit perut?

Puan A: Dah 2 minggu, doktor. Saya dah pergi jumpa 3 doktor untuk sakit perut ni. Doktor adalah yang ke-4.
Aku: Ya, ke? Maksudnya, sayalah yang paling 'bernasib baik' sebab terima puan dalam keadaan ada berdarah macam ni. (seloroh aku). Puan sebelum-sebelum ni, sakitnya memang di perut bahagian bawah ke?
Contoh pendarahan yang boleh dilihat diatas 'pad'. Jikalau anda alami pendarahan semasa mengandung, cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor

Puan A: Aah, sejak 3 minggu lepas sakitnya dibahagian bawah. Tapi seminggu lepas datang darah, sikit saja. Saya ingatkan tak ada apa-apa, jadi saya pakai 'pad' saja.
Aku: Ya Allah! Dah seminggu turun darah, puan tak jumpa doktor??

Puan A: Saya ingatkan biasa-biasa saja, ingatkan datang period. Tapi, test kencing sendiri, macam mengandung pula. Saya tak beritahulah kat 2 orang doktor tu, yang saya buat 'test' positif.
Aku: Puan, tak apalah, macam ni kita 'scan' perut, ya (sambil aku tersenyum kambing jadian)

Akhirnya, Puan A ini telah dimasukkan ke wad dan menjalani pembedahan kecemasan, kerana kandungan diluar rahim didalam ovari, dan kandungan terlalu besar yang kemudiannya pecah didalam ovari beliau.
Sakit, terutamanya dibahagian bawah abdomen merupakan antara simptom kandungan luar rahim

Situasi ini dikenali sebagai 'obstetric emergency', yang mana memerlukan perhatian yang mendalam oleh doktor serta doktor pakar sakit puan.

---------------------------------
Kandungan Luar Rahim
---------------------------------
Pesakit diatas sebenarnya, mengandung. Mengikut saiznya, usia kandungannya sudah mencecah 5 minggu. Maksudnya, beliau sudah tidak datang haid selama lebih 5 minggu (dimana persenyawaan sperma dan telur berlaku sejak 5 minggu lepas, iaitu ketika beliau subur)

Jadi, saya bawakan bagaimana nak tahu kandungan anda diluar rahim.

[Langkah 1] Bagi mengetahui bahawa seseorang itu mengandung, beberapa 'test' boleh dilakukan. Antaranya:

  1. Pregnancy test dirumah
  2. Pregnancy test di klinik
Pelbagai jenis ujian air kencing yang ada bagi mengesahkan mengandung.

Ujiannya cukup mudah, hanya perlukan air kencing sahaja. Jikalau positif, bermaksud puan sedang mengandung, manakala negatif bermaksud sebaliknya.
Muncul persoalan, "Yang mana satu lebih tepat, dirumah atau di klinik?". Jawapannya, lebih kurang sama sahaja. Terdapat beberapa klinik yang mengambil keuntungan daripada ujian mengandung air kencing ini, jadi ada baiknya jikalau hanya lakukannya dirumah sahaja disaat ekonomi yang tak menentu ini.

Baik, jikalau keputusan 'test' ini positif, bermaksud anda sedang mengandung. Cumanya, lokasi kandungan anda tidak diketahui.
Oleh sebab inilah, pentingnya anda untuk melakukan 'ultrasound scan' di mana-mana

[Langkah 2] Bagi menentukan tempat kandungan anda menempel, perlukan 'ultrasound scan'. Jikalau lokasi kandungan meragukan, perlunya untuk melakukan followup, bagi memastikan kandungan tidak berada diluar rahim.

Apa akan terjadi jikalau kandungan diluar rahim? Ya, soalan yang sangat bagus!
Kandungan diluar rahim boleh menempel di beberapa tempat yang bahaya, antaranya:

  1. Di tiub Fallopio
  2. Di ovari
  3. Di dalam rongga abdomen
  4. Di hati (ini yang paling bahaya, kerana hati mempunyai rangkaian saluran darah yang sangat banyak)


Jikalau kandungan membesar dan terus membesar, ia mampu menyebabkan pendarahan dalaman. Jika di tiub Fallopio, dan ovari, ia boleh pecah lalu mengakibatkan pendarahan yang banyak. Bahkan pesakit boleh terkena 'hypovolaemic shock', renjatan disebabkan kurangnya darah, lalu mengakibatkan kematian.

[Langkah 3] Simptom-simptom yang seringkali dialami adalah seperti berikut:

  1. Sakit terutamanya di bahagian bawah abdomen.
  2. Pendarahan. Selalunya pendarahan akan berlaku sebelum kesakitan
  3. Pengsan, disebabkan kurangnya darah

Jadi, jikalau anda punyai simptom-simptom seperti yang dinyatakan, digalakkan untuk pergi ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya.

Kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) Yang Hampir MATI

Tak aku sangka, penulisan aku dalam Facebook telah menarik perhatian ramai orang.
Bukannya orang yang biasa-biasa, tapi juga 'penggerak home birth'. Mereka mahu melawan fakta dengan emosi, hinggakan tak sampai hati untuk aku balas soalan, serta jawapan yang mereka berikan diatas kajian yang dibuat melalui syeikh 'Google' dan sifu 'Facebook'.
Seramai 2,030 orang telah 'like' entry tersebut. Manakala, 1,217 orang telah 'share' entry tersebut.
Aku JAKUN sekejap. (sambil tenyeh dua biji mataku)
-------------------

Menerima berita daripada rakan sekerja. Seorang lagi pesakit dari kalangan kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) 'homebirth' tiba-tiba HAMPIR MATI.

Mahu melahirkan anak dirumah hanya bertemankan suaminya. Tiada bidan terlatih. Tiada golongan perubatan terlatih.

Katanya, mahu mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai 'ejen Yahudi' segala bagai bagi mengkafirkan umat Islam beramai-ramai.

Tak mahukan intervensi medikal, tapi akhirnya tetap juga MAHUkan pula intervensi ejen Yahudi-Zionis ini. (Sigh)

Gambar rajah menunjukkan contoh rahim yang tak sempat mengecut. Pendarahan berlaku selaju 1 liter/minit.

Terpaksa diberi DIVC regime, atas sebab Uterine Atony yang mengakibatkan PostPartum Hemorrhage.

Secara bahasa mudahnya, kronologi yang berlaku adalah seperti berikut:
  1. Sepatutnya, rahim yang normal mampu mengecut setelah melahirkan anak dan uri tercabut dari dinding rahim.
  2. Namun begitu, terdapat pelbagai sebab yang mengakibatkan rahim tak mampu mengecut seperti normal setelah melahirkan anak dan juga setelah uri tercabut dari dinding rahim. Antaranya, masih ada cebisan uri (walaupun sedikit sahaja) yang tertinggal didalam rahim, risiko daripada proses kelahiran yang sangat lama, dan lain-lain(terlalu banyak untuk disenaraikan, 4T. Boleh Google kalau nak tahu. Hihi..). Belum masuk lagi risiko si Ibu yang tak diketahui.
  3. Keadaan ini disebut sebagai Obstetric Emergency (kecemasan obstetrik) yang memerlukan perhatian doktor secepat mungkin.
  4. Purata kelajuan darah ke rahim bagi ibu mengandung adalah 1 liter/minit. Manakala purata isipadu darah dalam badan manusia adalah 4.5 liter. 
  5. Bayangkan. Hanya dalam masa 4 minit sahaja, hampir keseluruhan darah dalam badan si ibu sudah habis.
  6. Hasilnya, KEMATIAN si ibu.

Dah terhantuk, baru tengadah!! Tahu pula nak pergi ke hospital

Inilah yang kami mahu hindari. 'UNNECESSARY DEATH'!!
Bayangkan, sedangkan ibu yang sangat, sangat ,sangat, sangat rendah risiko untuk PPH juga boleh terkena PPH, inikan pula ibu yang SEMEMANGNYA ada risiko PPH.
--------------
Pesanan saya: TOLONG jangan letakkan nyawa anda dan bayi anda dalam bahaya. Fikirlah, akibat daripada kematian anda:
  1. Anak anda akan hilang tempat mengadu bermanja, menjadi anak yatim.
  2. Suami anda akan kehilangan isteri yang sangat dicintai.

Mahukah anda, anak anda dibesarkan tanpa kasih sayang seorang Ibu?
Saya katakan,  TIDAK sama sekali

Ya, tidak dinafikan. Ajal maut ditangan Allah. Tapi, apakah kita sudah berusaha menyelamatkan nyawa kita? Saya bawakan satu kisah berkenaan tawakkal.

---------------

Satu ketika, seorang pemuda datang ke masjid dengan menaiki unta. Beliau masuk ke masjid lalu Rasulullah SAW menegur lelaki itu;
“Wahai pemuda, dengan apakah kau datang ke masjid ini?”
Jawab pemuda itu; “Dengan unta.”
Tanya Rasulullah SAW; “Sudahkah kau menambat unta itu?”

Maka jawab lelaki itu; “Tidak ya Rasulullah, sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah.”
Lalu Rasulullah SAW berkata; “Tidak! Pergilah engkau menambat unta itu, kemudian barulah engkau bertawakal.”

Sang Unta akan berkeliaran jikalau tiada usaha menambat, walaupun anda sudah bertawakkal.

Menuju Mentality Perubatan Mesra Muslimah

"SAYA NAK DOKTOR PEREMPUAN SAHAJA" jerit seorang wanita yang sedang kesakitan hampir melahirkan anaknya.
"Doktor, saya malu lah. Kalau boleh, saya nak doktor perempuan yang periksa saya" ujar seorang ibu mengandung secara sopan
"Saya tak mahu doktor LELAKI periksa isteri saya. Faham??!!" marah seorang suami yang berkopiah serta berjanggut panjang dalam jubah berwarna putih kepada 'staff nurse' di kaunter jururawat.

Itu lah antara perkataan/cacian/maki hamun yang seringkali kami hadapi di wad bersalin.

Contoh wad bersain diluar negara.

----------------------------------------------------

Teringat ketika aku bertugas 'on-call'. Kesemua Pegawai Perubatan Siswazah, aka House Officers adalah lelaki. Hari itu, aku, Naufal dan Navan bertugas 'on-call' tiada yang perempuan, kecuali 'staff nurse' dan Pegawai Pembantu Kesihatan, PPK aka atendan hospital dan juga Pegawai Perubatan, aka Medical Officer, Dr. Suria.

Pesakit berbangsa India bertegas mahukan diperiksa dan dirawati oleh doktor perempuan sahaja. Tak mahukan campur tangan orang lelaki. Kemudian, pesakit tersebut dijelaskan betapa tiada doktor perempuan selain Dr. Suria. Jikalau Dr. Suria masuk ke dewan bedah untuk pembedahan Caesarian Section kecemasan, maka tiada lagi pegawai perempuan yang lain. Setelah panjang lebar dijelaskan, namun pesakit tetap enggan menerima kenyataan. Apa lagi, Dr. Suria yang amat terkenal dengan 'keganasan'nya terhadap HO pun naik angin. Akhirnya, Navan juga yang terpaksa menyambut kelahiran anaknya.

------------------------------------------------

Wahai, para pesakit serta suami masing-masing. Ketahuilah, bahawa ada ketikanya, waktu 'on-call' itu hanya doktor lelaki sahaja yang bertugas 'on-call'. Walaupun jarang berlaku, ia tetap pernah/akan/sedang berlaku.

Ini kerana pemikiran orang kita yang tidak menyelesaikan masalah. Antaranya;
1. Suami yang tak sanggup isterinya, yang merupakan doktor MENINGGALKAN keluarga kerana dipanggil ditengah malam untuk perkara-perkara hospital
2. Isteri, yang merupakan seorang doktor yang tak sanggup MENINGGALKAN keluarga kerana dipanggil ditengah malam untuk perkara-perkara hospital
3. Suami yang bertegas MENGHALANG isteri atau anak perempuan mereka menceburi bidang perubatan kerana pendapatnya, perempuan lebih baik di rumah sahaja.

Pendirian yang kontradik ini TIDAK MEMBANTU MENYUMBANG kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit Muslimah.

Wanita Muslimah perlu diberi galakan menceburi bidang perubatan, barulah masa depan perubatan mesra-Muslimah boleh diwujudkan.

-----------------------------------------------------

Kini, telah tiba saatnya untuk kita mengubah diri kita.
Jangan hanya memaksa kerajaan untuk membuat polisi, walhal pada masa yang sama, kita langsung tidak mematuhi polisi tersebut.

...Lately...

Lately...
We are seeing a lot of social issues in our labour ward. And it really made my heart bled A LOT!

I'm a Muslim, so I STRONGLY disagree to pre-marital sex even before I get married.
Just imagine, seeing a 19 years old girl, unmarried, unsure who's the husband. But, put the blame on a dearest friend. (a confession from the girl) Pity the friend, became a scapegoat of others' sins.

Be careful of befriending others. Don't let yourselves become the DESIGNATED scapegoat.
-----------------------------------------------------------

Actually, I would like to share about my experience with one of them.

...(almost finished taking history)..
Her LMP (last menstrual period) was 31st August 2014. In reality, we have not yet achieved independence
"Puan, dah kahwin berapa lama?" as usual, I ask the template question about social history
"Alhamdulillah Doktor, saya kahwin sejak Februari" while smiling to me, eventhough she's having contraction pain.

"Oh, maksudnya dah kahwin lebih setahun la, ya?" I asked with 'husnu zhon' (having good thought of her)
"Eh, taklah Doktor. Baru saja 2 bulan kami kahwin." 

"Jadinya, hubungan kelamin berlaku sebelum berkahwin la, ya?"
"Iya, Doktor. Saya menyesal"

...(I flipped her pink pregnancy book and saw something 'fishy')...
"Puan, tinggal di Gua Musang, ya? Kenapa bersalin kat sini, ya?"
"Saya ikut suami. Dia nak pindah ke sini."

"Follow up dimana, sebelum-sebelum ini?"
"Kat Gua Musang, HKL, dan klinik private"

"So, melompat-lompat lah jumpa doktor, ya?"
"............(krik..krik..krik..)..." silence

...(HUDUD)..

Lately, we're receiving a lot of patients from Kelantan, which is might be fleeing from the Hudud Law. For a man/woman that was found guilty of adultery, they will be either;
  1. stoned to death (married)
  2. hundred lashes in public
(by the way, I don't have the right to talk deeply about the law, because I'm not an 'ahl' of the hudud law)
Are you in?? Don't just be a keyboard warrior, yet YOU are the one conducting AGAINST the Hudud Law
The point is, they're running away from Kelantan for this reason, and it makes our job tougher, as we don't have the exact information throughout our patient's pregnancy. And it gets worst when our patient is the type of 'doctor-shopping' type (grammar taken from window-shopping), means they don't go to 1 doctor, but to a lot of doctors!
Run fast, and furious!! But, don't put the blame on 'incompetent' doctors later!
Wherever you are running away from, you're still on the Earth, a creation which The-All-Knowing knows your whereabout.

Muraqabatullah - the feeling that THE-ALMIGHTY is always watching you.
Maybe you are so cunning that you can get away from the punishments now, but in Hereafter, you WILL definitely be punished of your sins.



Mak Saya Kata...

"Fuh, akhirnya dapat juga aku rehat. Non-Stop dari pukul 8 pagi" Hazwan mengeluh keletihan sambil melabuhkan punggungnya ke sofa bilik rehat kami.


Ya, kerja kami tak putus-putus dari awal pagi. Ada-ada saja pesakit yang datang masuk ke Wad Bersalin sama ada secara kecemasan ataupun dari klinik antenatal dan juga klinik saringan. Belum lagi pesakit yang sedia ada dan juga pesakit yang masuk ke dewan bedah untuk pembedahan kecemasan 'Caesarian Section'  Begitulah kerja kami. Ada hari, boleh berehat. Ada pula hari kami sangat sibuk, hinggakan terpaksa menjama' solat Zohor dan juga Asar disebabkan terkandas didalam dewan bedah disebabkan komplikasi-komplikasi pembedahan yang walaupun SANGAT MINIMA, tetapi tetap ada.

"Hazwan, kau pergi lah 'lunch' dulu. Aku 'cover' wad, kau ajaklah siapa-siapa lagi yang nak pergi makan. Naufal dan aku puasa sunat" cadangku pada Hazwan, yang kelihatan layu, tak makan sejak pagi hingga sekarang, 3 petang.

--------------------------------------------------------

"Houseman!! 'Patient' baru sampai!! BAH!!" jerit jururawat wad bersalin.

Sudah menjadi kebiasaan semua jururawat wad bersalin untuk hanya menjerit bagi memanggil doktor pelatih. Alasan mereka - penat nak berjalan ke bilik rehat Houseman Officer.
Aku bergegas seperti biasa, ke kubikel pesakit untuk 'clerk and examine' pesakit. Seusai memperkenalkan diri, aku memulakan langkahku.

Bayi yang lahir kelihatan 'innocent'. Ibu hendaklah tahu cara mengendalikan kelahiran dengan betul

"Puan Ila (bukan nama sebenar), baby lahir kat rumah, ya? Pukul berapa tu?" soalku padanya
"Iya, doktor. Dalam lebih kurang 2.30petang tadi." jawab Pn. Ila

"Macam mana boleh lahir kat rumah?" soalku dengan nada yang tak berapa senag hati.
"Mak saya kata, tunggu sakit sangat-sangat barulah datang hospital" jawabnya tenang.

"Pecah air ketuban pukul berapa, ya? Baru pecah dalam 2 jam sebelum bersalin ke?" soalku lagi
"Air ketuban dah lama pecah. Sejak semalam pukul 9 malam" jawapannya tenang sentiasa.
pecah air ketuban adalah ditakrifkan seperti keluarnya air yang banyak daripada laluan kelahiran bayi,
ataupun keluarnya air yang berterusan (seringkali menitik-nitik secara berterusan)

"ASTAGHFIRULLAH AL AZIM!!" aku menjerit dalam hati sahaja, kononnya mahu mengekalkan profesionalisme.

"Pn. Ila, air ketuban dah pecah lebih 18 jam. Ini meningkatkan risiko bayi mendapat jangkitan kuman. Boleh jadi juga bayi tak bernafas selepas keluar dari rahim puan. Rugi saja nanti puan mengandungkan anak 9 bulan!" tegurku padanya.

"Tapi, mak saya kata tak apa. Itu biasa. Tunggu sakit kuaaaatt sangat baru pergi hospital" jawabnya degil.

"Baby macam mana lahir tadi, puan? Siapa ada ditepi masa lahirkan baby?"
"Husband dengan Mak saya kat tepi saya masa tu." jawabnya selamba

"Uri baby, siapa yang potong? Macam mana boleh keluar?" soalku sangsi dengan jawapannya.
"Masa baby dah keluar kepala, doktor ambulans sampai. Dia yang potong dan tolong keluarkan uri."

"Baby masa lahir terus menangis ke, tak menangis? Ataupun lepas 5 minit baru menangis?"
"Baby lahir-lahir saja, terus menangis"

Alhamdulillah... bayinya selamat, dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik.

Antara sebab utama kematian bayi baru lahir;
1. kurang matang
2. masalah semasa tempoh kandungan
3. jangkitan penyakit


---------------------------------------------------

Setelah mendapatkan 'history' yang lebih lengkap, barulah ku faham.
Beliau sebenarnya terlanjur. Baru sahaja dikahwinkan 3 bulan yang lepas.
Ibunya tak mahukan cucunya yang ini. Namun, segala-galanya sudah terlambat.

--------------------------------------------------

Nota kaki;
  • Bahaya sekiranya tidak mendapatkan bantuan perubatan jikalau sudah pecah air ketuban melebihi 18 jam. Baby yang baru lahir boleh berhenti bernafas secara tiba-tiba lalu mengakibatkan kematian jikalau tidak ada bantuan perubatan yang mencukupi

  • Apabila sakit perut mengeras (kontraksi / 'contraction') semakin kerap dan berkala, hendaklah mendapatkan bantuan perubatan. Kontraksi yang terlebih banyak boleh mengakibatkan rahim pecah, serta pendarahan yang amat banyak dan mengakibatkan kematian. Ini biasanya terjadi pada ibu mengandung yang mempunyai parut C-Section.

Rosak Anak Muda Bangsaku

'Rotation'di Jabatan Obstetrik & Ginekologi mewajibkan aku untuk terus berada di Wad Bersalin sehingga kini.

Sepanjang 3 minggu disini, banyak masalah so'sial' remaja bangsaku, bangsa Malaysia, secara khususnya kaum Melayu beragama ISLAM yang telah dirosakkan serta dicemari budaya kuning dari barat.
antara poster yang mengajak menjauhi zina


Jadi, ku ceritakan beberapa kisah yang telah berlaku didepan mataku
(p/s; kisah diubahsuai untuk penambahan perisa, MSG, dan sebagainya)

statistik pada tahun 2011..
belia remajaku makin dirosakkan budaya barat..

==========================================

"Aaaaarrrrgggghhhh!! Sakitnya!!"
Jeritan seorang wanita bergema dihadapan kecemasan 'Labour Room'. Mengejutkan aku dan Naufal yang sedang berehat ditepi koridor sambil mengulang kaji komplikasi yang sering terjadi selepas bersalin serta 'management'nya.

Bergegas, kami berlari ke bahagian kecemasan yang hanya terletak tak sampai 20 langkah dari tempat kami berdiri.

Kelihatan seorang wanita berumur awal 30-an diatas 'stretcher' yang sedang ditolak sepasukan paramedik masuk kedalam Wad bersalin.
Dah lama saya rasa macam ada tsunami dalam perut saya. Mungkin angin aje.. Tapi kali ni SAKIT SANGAT!

"Doctor, this is a 25 years old lady, unmarried brought from work around Pantai Dalam, with complaints of contraction abdominal pain since 10am. Apparently, she denied that she was pregnant, denied she had SI but according to her officemates, her abdomen increased in size for the past 4 months. Upon palpation, uterus gravid, singleton, contractions 3 in 10." Begitulah ringkasan pesakit yang diberikan oleh paramedik yang menghantar wanita tersebut ke Wad Bersalin. Walaupun 'history' yang diperoleh agak samar-samar, namun kami terus menerima pesakit tersebut.

"Staff nurse, terus tolak 'patient' masuk labour suite. Kita buat VE (vaginal examination - sejenis pemeriksaan bagi memeriksa saiz bukaan laluan bayi). Nampak gayanya macam dah 'fully opened" arah Naufal dengan tegas pada staff nurse yang bertugas.

"Puan, apa nombor telefon suami? Mana suami puan? Kami mahu hubungi beliau untuk beritahu puan hampir bersalin." salah seorang daripada staff nurse bertanya.

"Saya tak mengandung! Tak.. Mana saya mengandung..." ujar wanita tersebut yang bernama Iza, menidakkan bahawa dia tak mengandung.
"Saya tak ada suami. Saya belum kahwin lah!" tegas wanita tersebut.
"Aduhai!! Sakitnya perut saya!! Doktor, tolonglah saya..." rayu Iza meminta simpati

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik bersalin, pemeriksaan VE dilakukan Naufal.
"Os full! Station +1. Tolong prepare delivery set. Kita encourage patient" dengan yakin Naufal mengarah.

"Puan, baby dah nak keluar. Bila rasa sakit perut, teran macam masa sembelit. Bolehkan." arah Naufa yang berbunyi seperti pertanyaan kepada Iza

"Doktor, saya tak mengandung. Mana ada saya mengandung. Saya tak ada baby dalam perut" jawab Iza, mahu menidakkan kondisinya.

"Dahtu, baby ni apa? Saya dah nampak rambutnya. Saya dah rasa kepalanya." marah Naufal.
"Dah, saya kata teran, puan teran! Nanti baby lemas kalau puan tak teran!" jeritnya tegas. 

Begitulah tugas kami. Kami mahu menyelamatkan bukan sahaja Sang Ibu, tapi juga Sang Anak. Jikalau kandungan dibiarkan lama dilaluan keluar, boleh mengurangkan bekalan oksigen pada kandungan lalu boleh mengakibatkan bayi mati lemas, ataupun jikalau selamat, mengalami masalah otak yang kritikal, yang mencacatkan.

Tak sampai 10 minit selepas itu, alhamdulillah. Bayi berjaya dilahirkan. Diletakkan bayi diatas perut Iza, tapi dia masih menggeleng kepalanya sepertinya tak percaya hidupnya seorang bayi didalam rahimnya selama 9 bulan.
akhirnya, baby out. alhamdulillah, cepat saja.
(p/s; ini gambar baby caesarian, bukan svd. harap maklum)
-----------------------------------------------

Bila ditanya selepas bersalin, rupa-rupanya Iza tak tahu bahawa hubungan seksual boleh mengakibatkannya mengandung. dan dia sudah melakukan hubungan seksual dengan lelaki tersebut sejak setahun. 

Mungkin, ia menjentik kita bahawa kesedaran tentang hubungan seks diluar nikah itu penting bagi semua orang, terutamanya kepada golongan belia dibandar yang terdedah kepada semua perkara tanpa penapisan.
Cinta itu suci. Jangan cemari cinta anda dengan zina!
Anda bijak jauhi Zina!!

ANAK MUDA BELIAKU ROSAK. 

Apakah masih ada cahaya?