Semangat Pesakit

8:29 AM Ahmedkzaman 0 Comments

"Orang cakap senang kan. Tapi, hati ini Allah sahaja yang tahu. Lagi-lagi, bila yang datang tengok saya tadi, Palliative Team".

Aku hanya mampu diam sahaja, sambil mengukir senyuman.
Hatiku tersentak!

Sebelum ini, jikalau aku punyai pesakit Palliative, aku taklah terasa sebegini. Namun, kali ini perasaannya amatlah berbeza. Kerana adik ini istimewa. Cukup istimewa bagi aku disebabkan 2 sebab (yang akan diceritakan selepas ini)


gambar; Hilman dan Ulwan terserempak di parkir motosikal

[3 jam sebelum itu]

Aku sebenarnya telah berjanji dengan juniorku untuk berjumpa di Cafe Jabatan Kecemasan bagi membincangkan tentang perancangan kewangan. Namun begitu, keajaiban telah berlaku!!

Semuanya bermula ketika di kawasan parkir motosikal ketika masing-masing sedang memarkir motosikal. Ulwan dan Hilman terserempak disana, masing-masing dengan tujuan yang berbeza, namun ditempat yang sama. Itulah taqdir!

Ulwan bertujuan mahu berjumpa denganku untuk berbincang tentang merancang kewangan, manakala Hilman pula ingin menziarahi sahabat bekas sekelas disekolah menengahnya yang sedang menghidapi penyakit kanser.

Mereka berpakat berjumpa denganku, bagi mencedok ilmu serba sedikit mengenai merancang kewangan. 

gambar; Alhamdulillah, aku berjaya menyampaikan 6/10 daripada ilmu merancangku

[Seusai sesi sharing]

Hilman; Jom, Ahmed. Kami nak ziarah kawan yang kena osteosarcoma.
Aku; Eh, siapa namanya? Mana lah tahu, aku ada jaga dia dulu masa di Ortho..
Hilman; Namanya Saidah, kena osteosarcoma dari hujung tahun lepas.
Aku; Eh, macam kenal aja... Nak gi ziarah sekali lah..

Aku dengan yakin terus ke tingkat 15, dan mencari nama Saidah dikalangan pesakit bagi mencari katil beliau. 

"Saidah.... Tingkat 15... Betul dah... Katil 20..." benak hatiku.
"Jom ke katil 20. Dia disana." ujarku pada Hilman dan Ulwan.

Aku ternampak muka beliau dan tiba-tiba aku rasa seperti aku pernah menjaga beliau semasa di Orthopedik. 

Hilman; Salam alaikum makcik, Saidah. Alhamdulillah, kami sampai juga. Ni saya nak perkenalkan, kenalan saya dua orang ni.
Yang ni Ulwan, dia sama tahun pelajaran dengan saya. Tapi, dinegeri lain - Volgograd. (Sambil menunding ibu jari, memperkenalkan Ulwan.

Hilman; Yang ini pula, kenal tak? (Sambil menunding ibu jarinya padaku)
Aku; Salam alaikum, makcik.. Salam alaikum Saidah.. Saya Ahmed (sengaja aku tak perkenalkan bahawa aku adalah doktor di hospital ini)
Hilman; Tak ingat, ya? Ini doktor kat sini.
Aku; Oh.. Baguslah tak ingat. Tak adalah ingat kesalahan saya, ya.. Hehe,. (sengaja aku berseloroh)
Saidah dan ibunya tergelak serentak, membuktikan lawakku berjaya.

Aku ambil kesempatan mereka berborak-borak sesama mereka untuk menyelak case notes beliau; 
Diagnosed osteosarcoma of left arm with lungs metastasis August 2014
Went for wide excision of tumor August 2014, subsequently was on 1st line chemotherapy.
Failed 1st line chemotherapy - tumor recurrence. Went for another excision of tumor and AMPUTATION of left arm with subsequent 2nd line chemotherapy. Presented on 12th August with shortness of breath, decreased effort tolerance, and lethargy. CT scan - tumor recurrence (failed 2nd line chemotherapy). Left chest tube inserted 12/8/15, and tumor excised for the 3rd time.
Referred to palliative team for further care and management.
Gambar; Seorang pesakit selepas amputasi tangan kiri kerana kesan perang
[flashback]
Aku terkedu sebentar. Tak mampu berkata apa-apa. Memoriku terus dibawa ke suatu hari ketika aku bertugas 'oncall'. Malam itu, aku bertugas oncall di Wad Ortopedik 14 dan 15
"Doktor, ada patient baru naik atas dari recovery nak minta doktor review patient ni." kata seorang jururawat melalui telefon.
"Eh, Patient elective atau emergency?" soalku tertanya-tanya.
"Sebab dia tak berapa stabil lah saya call doktor. Nak suruh doktor review, patient ni SOB dan tachy la.... Cepatlah datang, doktor.." nada jururawat tersebut menunjukkan ketakutan.

Aku berlari menuju ke Wad 15. 

"Adik, rasa susah nafas masa tarik atau lepas?"soalku.
Namun, dia tak menjawab. Aku perhatikan spO2 beliau 87%. Kemudian, aku upgrade oxygen supply kepada venti-mask. Alhamdulillah, spO2 berjaya pickup kepada 95%. Namun, kelihatan tak berapa stabil. Aku terus ambil ABG, dan terus berlari ke mesin ABG ditingkat 5. 
ABG tak cantik!!

"Boss. I'm calling you regarding a patient post-op. Developed SOB, tachycardia up to 140bpm, tachypnea 30bpm. ABG doesn't look so good la boss - respiratory acidosis. Maybe need to call anaesth for BIPAP. Just asking your opinion, if you say yes, then I'll cal them straight away."
"Sure, and make sure you KEEP YOUR EYES ON HER, OKAY!"
Malam itu, setelah Anaesth Team review beliau, aku sudah tidak lagi melihat beliau di Wad 14, kerana beliau dipindahkan ke ICU bagi rawatan lanjut.

--------------------------------------

Aku; Apa Prof kata pagi tadi? Chest tube ni masuk masa operation ke? Macam mana dengan discharge plan?
Saidah; Tu lah.. Tadi palliative dah datang, sedih juga... Ya lah kan.. Bila palliative ni, faham-faham saja lah kan.. Kena banyak bersabar sangat-sangat. Orang cakap senang kan. Tapi, hati ini Allah sahaja yang tahu. Lagi-lagi, bila yang datang tengok saya tadi, Palliative Team

Apabila urusannya sudah dibawah Palliative Team, maka ini bermaksud segala urusannya hanyalah semata-mata untuk melegakan simptom, bukan untuk mengubati penyakit. Selalunya, ia adalah kerana penyakit itu sudah tak boleh diubati secara total.

Maka, ianya diibaratkan seperti 'death sentence' kepada pesakit tersebut.

--------------------------------------

Sungguh besar pengorbanan beliau;
kehilangan sebelah tangan
kehilangan umur beliau
kehilangan harapan

Namun begitu, beliau tetap mampu bergelak ketawa dengan kami. Tetap mampu menerima kenyataan yang telah tercatat dalam Lauh Mahfuz

Allahu Robbi, kau hadiahkanlah syurgaMu kepada beliau~~
Dan golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang bersyukur

------------------------------

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.”
(surah Ali Imran, ayat 142)

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan
pahala tanpa hisab.”
(Surah Az Zumar, ayat 10)

0 comments: