Kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) Yang Hampir MATI

1:12 AM Ahmedkzaman 0 Comments

Tak aku sangka, penulisan aku dalam Facebook telah menarik perhatian ramai orang.
Bukannya orang yang biasa-biasa, tapi juga 'penggerak home birth'. Mereka mahu melawan fakta dengan emosi, hinggakan tak sampai hati untuk aku balas soalan, serta jawapan yang mereka berikan diatas kajian yang dibuat melalui syeikh 'Google' dan sifu 'Facebook'.
Seramai 2,030 orang telah 'like' entry tersebut. Manakala, 1,217 orang telah 'share' entry tersebut.
Aku JAKUN sekejap. (sambil tenyeh dua biji mataku)
-------------------

Menerima berita daripada rakan sekerja. Seorang lagi pesakit dari kalangan kipas-susah-mati (baca: die-hard-fan) 'homebirth' tiba-tiba HAMPIR MATI.

Mahu melahirkan anak dirumah hanya bertemankan suaminya. Tiada bidan terlatih. Tiada golongan perubatan terlatih.

Katanya, mahu mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai 'ejen Yahudi' segala bagai bagi mengkafirkan umat Islam beramai-ramai.

Tak mahukan intervensi medikal, tapi akhirnya tetap juga MAHUkan pula intervensi ejen Yahudi-Zionis ini. (Sigh)

Gambar rajah menunjukkan contoh rahim yang tak sempat mengecut. Pendarahan berlaku selaju 1 liter/minit.

Terpaksa diberi DIVC regime, atas sebab Uterine Atony yang mengakibatkan PostPartum Hemorrhage.

Secara bahasa mudahnya, kronologi yang berlaku adalah seperti berikut:
  1. Sepatutnya, rahim yang normal mampu mengecut setelah melahirkan anak dan uri tercabut dari dinding rahim.
  2. Namun begitu, terdapat pelbagai sebab yang mengakibatkan rahim tak mampu mengecut seperti normal setelah melahirkan anak dan juga setelah uri tercabut dari dinding rahim. Antaranya, masih ada cebisan uri (walaupun sedikit sahaja) yang tertinggal didalam rahim, risiko daripada proses kelahiran yang sangat lama, dan lain-lain(terlalu banyak untuk disenaraikan, 4T. Boleh Google kalau nak tahu. Hihi..). Belum masuk lagi risiko si Ibu yang tak diketahui.
  3. Keadaan ini disebut sebagai Obstetric Emergency (kecemasan obstetrik) yang memerlukan perhatian doktor secepat mungkin.
  4. Purata kelajuan darah ke rahim bagi ibu mengandung adalah 1 liter/minit. Manakala purata isipadu darah dalam badan manusia adalah 4.5 liter. 
  5. Bayangkan. Hanya dalam masa 4 minit sahaja, hampir keseluruhan darah dalam badan si ibu sudah habis.
  6. Hasilnya, KEMATIAN si ibu.

Dah terhantuk, baru tengadah!! Tahu pula nak pergi ke hospital

Inilah yang kami mahu hindari. 'UNNECESSARY DEATH'!!
Bayangkan, sedangkan ibu yang sangat, sangat ,sangat, sangat rendah risiko untuk PPH juga boleh terkena PPH, inikan pula ibu yang SEMEMANGNYA ada risiko PPH.
--------------
Pesanan saya: TOLONG jangan letakkan nyawa anda dan bayi anda dalam bahaya. Fikirlah, akibat daripada kematian anda:
  1. Anak anda akan hilang tempat mengadu bermanja, menjadi anak yatim.
  2. Suami anda akan kehilangan isteri yang sangat dicintai.

Mahukah anda, anak anda dibesarkan tanpa kasih sayang seorang Ibu?
Saya katakan,  TIDAK sama sekali

Ya, tidak dinafikan. Ajal maut ditangan Allah. Tapi, apakah kita sudah berusaha menyelamatkan nyawa kita? Saya bawakan satu kisah berkenaan tawakkal.

---------------

Satu ketika, seorang pemuda datang ke masjid dengan menaiki unta. Beliau masuk ke masjid lalu Rasulullah SAW menegur lelaki itu;
“Wahai pemuda, dengan apakah kau datang ke masjid ini?”
Jawab pemuda itu; “Dengan unta.”
Tanya Rasulullah SAW; “Sudahkah kau menambat unta itu?”

Maka jawab lelaki itu; “Tidak ya Rasulullah, sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah.”
Lalu Rasulullah SAW berkata; “Tidak! Pergilah engkau menambat unta itu, kemudian barulah engkau bertawakal.”

Sang Unta akan berkeliaran jikalau tiada usaha menambat, walaupun anda sudah bertawakkal.

0 comments: