Menuju Mentality Perubatan Mesra Muslimah

12:51 PM Ahmedkzaman 4 Comments

"SAYA NAK DOKTOR PEREMPUAN SAHAJA" jerit seorang wanita yang sedang kesakitan hampir melahirkan anaknya.
"Doktor, saya malu lah. Kalau boleh, saya nak doktor perempuan yang periksa saya" ujar seorang ibu mengandung secara sopan
"Saya tak mahu doktor LELAKI periksa isteri saya. Faham??!!" marah seorang suami yang berkopiah serta berjanggut panjang dalam jubah berwarna putih kepada 'staff nurse' di kaunter jururawat.

Itu lah antara perkataan/cacian/maki hamun yang seringkali kami hadapi di wad bersalin.

Contoh wad bersain diluar negara.

----------------------------------------------------

Teringat ketika aku bertugas 'on-call'. Kesemua Pegawai Perubatan Siswazah, aka House Officers adalah lelaki. Hari itu, aku, Naufal dan Navan bertugas 'on-call' tiada yang perempuan, kecuali 'staff nurse' dan Pegawai Pembantu Kesihatan, PPK aka atendan hospital dan juga Pegawai Perubatan, aka Medical Officer, Dr. Suria.

Pesakit berbangsa India bertegas mahukan diperiksa dan dirawati oleh doktor perempuan sahaja. Tak mahukan campur tangan orang lelaki. Kemudian, pesakit tersebut dijelaskan betapa tiada doktor perempuan selain Dr. Suria. Jikalau Dr. Suria masuk ke dewan bedah untuk pembedahan Caesarian Section kecemasan, maka tiada lagi pegawai perempuan yang lain. Setelah panjang lebar dijelaskan, namun pesakit tetap enggan menerima kenyataan. Apa lagi, Dr. Suria yang amat terkenal dengan 'keganasan'nya terhadap HO pun naik angin. Akhirnya, Navan juga yang terpaksa menyambut kelahiran anaknya.

------------------------------------------------

Wahai, para pesakit serta suami masing-masing. Ketahuilah, bahawa ada ketikanya, waktu 'on-call' itu hanya doktor lelaki sahaja yang bertugas 'on-call'. Walaupun jarang berlaku, ia tetap pernah/akan/sedang berlaku.

Ini kerana pemikiran orang kita yang tidak menyelesaikan masalah. Antaranya;
1. Suami yang tak sanggup isterinya, yang merupakan doktor MENINGGALKAN keluarga kerana dipanggil ditengah malam untuk perkara-perkara hospital
2. Isteri, yang merupakan seorang doktor yang tak sanggup MENINGGALKAN keluarga kerana dipanggil ditengah malam untuk perkara-perkara hospital
3. Suami yang bertegas MENGHALANG isteri atau anak perempuan mereka menceburi bidang perubatan kerana pendapatnya, perempuan lebih baik di rumah sahaja.

Pendirian yang kontradik ini TIDAK MEMBANTU MENYUMBANG kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit Muslimah.

Wanita Muslimah perlu diberi galakan menceburi bidang perubatan, barulah masa depan perubatan mesra-Muslimah boleh diwujudkan.

-----------------------------------------------------

Kini, telah tiba saatnya untuk kita mengubah diri kita.
Jangan hanya memaksa kerajaan untuk membuat polisi, walhal pada masa yang sama, kita langsung tidak mematuhi polisi tersebut.

4 comments:

  1. Salam Dr Ahmed, pada cikgu...kalau betul nak bertegas nak kan sesuatu gender memeriksa diri sendiri atau isteri dan ada kemampuan, elok lah ke hospital berbayar...itu pun x tentu attendant yg bertugas adalah perempun juga...
    Namun, jika kita di hospital kerajaan,kita haruslah akur pada apa sahaja yang disediakan...janganlah meminta lebih dr apa yg disediakan...takut menyusahkan orang lain pula...😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, cikgu rozila..
      kalau nak marah-marah sebab yang ada hanya doktor lelaki yang bertugas ketika itu, baiklah ke hospital swasta. jangan pula nak request yang bukan-bukan masa on-call

      Delete
  2. Salam,

    I'm always wondering why the request seems to be restricted to our obstetric colleagues. Forgive me for being ignorant, my understanding women's aurat not just restricted to the "below" region and I haven't come across any teaching that exposing the skin above the umbilical area is less sinful compare to exposing the vagina regardless of whatever reason.

    Gynaeoncologist do have to examine the "below" region and our fellow urologist cant avoid the area when performing a cystoscopy.

    Gastroenterologist who are performing colonoscopy will need the area to be exposed also.

    Any physician who need to examine their patient, will need a proper exposure in order to have the right information before coming up with a management.

    I understand with the issue of dignity and cultural reason and I don't think any women wanted to expose their "below" area unless needed i.e. for medical purpose.

    Malaysia healthcare does not have enough workforce to cope with this kind of demand. And the rich Islamic countries also unable to provide fulltime 24hours female obstetrician or even in any medical field due to various reasons,

    Furthermore, I'm still waiting for an outrage from MALE patients demanding that they only be taken care by MALE nurses since exposing their neither region to the naked eye of non-mahram muslimah is unacceptable

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you, whistledown.
      Have seen only ONE male patients requested to be examined by male doctors only.
      And he's an uncle of 45 years old. Refused to be examined, done procedure by a female doctor.
      Maybe its just our medical culture which allows a male to be examined by a female? I'm not sure too. But, I hope the culture will change soon

      Delete