Showing posts with label optimistik. Show all posts

Penyakit Makcik Tak Terkawal! (Sambungan)

Kak Ana: Doktor, macam mana nak buat UFEME? Tak nampak pun urethra! Bengkak sana-sini, sampai tutup urethra!
Aku: Meh saya tolong buatkan.

Bayangkan ruam seteruk ini dikawasan yang aku MERAHKAN pada gambar dibawah

Memang dahsyat ruam pada makcik.

Saat aku melihat bahagian tersebut, luluh hatiku. 'Indurated, erythematous, edematous'!! Ini mungkin punca 'infection' makcik ni!
Cubaan 'in & out catheter' akhirnya berjaya setelah 5 minit bertungkus lumus, akhirnya berjaya.


Aku seperti biasa, memulakan proses berfikir:
1. History- T2DM (Type 2 Diabetes Mellitus), HPT (Hypertension), ?CVA (Cerebrovascular Accident)
2. Simptom- lethargy, SOB, bedbound for 3 days, Bilateral crepitations up to midzone, lower anterior abdominal ?infection
3. Lab investigation- FBC (Hb 5.7/TWC 3.2/PLT 99), UFEME (suprisingly clear! Ketone -ve, Leucocyte -ve, Protein -ve). malangnya, kami tak punyai apa-apa ujian darah yang lain seperti ABG, RP, Coag profile - yang menambah kepayahanku membina diagnosis yang tepat.
4. Diagnosis- Mengatur langkah diagnosis awal tanpa apa-apa maklumat ujian yang lain adalah amat mencabar. Aku hanya mampu mengagak sahaja. Mungkin, makcik dah dalam 'compensated acidosis'. Akhirnya, aku menulis, 'Sepsis secondary to Community Acquired Penumonia, Anterior Abdominal Wall Cellulitis, Anemia ?cause'

Do MORE with LIMTED resources

Aku mengomel keseorangan, "Patient dah sepsis, tapi nampak gayanya taknak admit. Macam mana nak 'counsel' relative untuk hantar ke hospital?"

Aku mula buntu. Dalam kebuntuanku, mula mengingati 'skrip-skrip' memujuk ahli keluarga untuk menghantar pesakit ke hospital.

Aku: Bismillah... Encik, macam ni lah. Makcik sekarang ada jangkitan kuman yang sangat teruk. Hampir semua organ utama dah rosak, paru-paru, buah pinggang, jantung, semuanya nampak teruk. Semua disebabkan jangkitan kuman yang pelbagai punca - perut, paru-paru. dan gula yang tinggi. Memang cukup syarat semuanya, kalau tak dibawa ke hospital tunggu masa sahajalah..
Anak A: Tak apalah, doktor. Mak saya memang berkeras tak mahu ke hospital. Semuanya gara-gara kali terakhir dia ke hospital. Tak sangggup lagi dia kesana.

Aku: Apa yang teruk sangat di hospital? Missy sentiasa ada disana. Makcik tinggal nak pergi kesana untuk terima ubat antibiotik masuk dalam darah sahaja. Kalau Encik lambat bawa makcik ke hospital untuk terima antibiotik, setiap jam akan meningkatkan lagi risiko kematian makcik disebabkan infection ini. Saya bercakap untuk kebaikan Encik dan Makcik.
Anak A: Tak apa lah, doktor. Lagipun, saya seorang sahaja yang boleh menjaganya. Kalau masuk ke hospital, pihak hospital tak benarkan saya untuk jaga mak saya dalam wad perempuan. Jadi, tak mengapa lah, doktor. Biarlah dia rehat dirumah sahaja.

Aku: Kalau Encik dan Makcik berkeras juga tak mahukan rawatan kami, Encik wajib tandatangan dokumen ini. (sambil aku menghulurkan borang 'Atas Risiko Sendiri' AOR)
Anak A: Beres, doktor. InsyaAllah dia OK lepas rehat dirumah. (sambil dia menandatangan borang tersebut)

Walaupun hatiku berat melepaskan makcik ketangan anaknya yang tidak terlatih dari segi penjagaan ibunya yang sakit, aku terpaksa menerima hakikat tersebut.

--------------------------------------

Malam tersebut, makcik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, diatas katilnya dirumahnya sendiri.

-------------------------------------

Biar gambar berbicara

Kesimpulan: Doktor bercakap ada asasnya. Sesak nafas/pernafasan laju selepas HAMPIR SEJAM berehat bukanlah disebabkan terasa sesak dalam kereta. Ruam yang TERUK pada badan TIDAK SEKALI-KALI MUNCUL hanya dengan mengambil masa 3 hari sahaja. Seorang yang sudah berumur tiba-tiba TAK MAMPU BERJALAN pasti ada sebabnya, bukannya kerana tiada apa-apa.

Dalam kes tersebut, tidak mungkin semuanya secara kebetulan muncul secara tiba-tiba. Alasan yang diberikan anaknya sungguh TIDAK MASUK AKAL (sesak nafas kerana baru keluar kereta, padahal sudah hampir sejam keluar dari kereta)

Penyakit Makcik Tak Terkawal! (Her Multiple Uncontrolled Comorbids)

"Mokcik toksey gi sepita!! Toksey!!" masih ku ingat saat itu.

Keluarganya sangat sibuk. Anak-anaknya hampir semua tinggal jauh dikota. Hanya tinggal bersama anak lelakinya, yang juga sebenarnya sibuk. Namun, digagahkan jua untuk menjaga ibunya itu.

--------------------------

Tempat bertugasku yang baru. Ada yang kata 'hulu', namun bagiku sudah cukup selesa begini.

Hari itu, hari pertamaku diberikan 'lesen'' merawat pesakit di Klinik Kesihatan tersebut. Sedikit kekok. Mana taknya, aku sebelum ini ditempatkan di Hospital Tertiary (hospital yang penuh pelbagai kelengkapan). Yang juga merupakan tempat pesakit yang SUDAH sakit teruk yang memerlukan rawatan rapi. Namun kini, aku di KK (yang serba kekurangan dari segi fasiliti, mahupun bilangan staf). Yang merupakan tempat pesakit yang sudah sakit, tetapi belum cukup TERUK.

Ataupun dalam erti kata yang lain, dari 'merawat'' ke 'mengelakkan mudharat'
Sungguh berbeza. Bagai langit dengan bumi!!

Orang putih pun tahu, mengelak penyakit lebih baik dari mengubati penyakit

-----------------------



Dr. M: Ahmed, awak tengok lah patient kat red zone tu. Nampak gayanya macam hypo saja.. Simple case.. Awak banyak dah handle patient camtu..
Aku: OK lah.. Lama tak tengok patient red zone ni.

Kelihatan, makcik beruban, lingkungan 60-70an umurnya. Dia terbaring diatas stretcher, dan nampak seperti sesak nafas.

Aku: Makcik, kenapa ni? Susah nafas ke? Bila mula susah nafas?
Makcik: Takde lah, doktor.. Mane ade susoh nafas. Biase aje ni..
Anak A: Dia susah nafas sebab baru keluar dari kereta. Rasa sesak dalam kereta tadi.

Sambil berbual, Aku mengira respiratory rate. 30!! Bahaya ni! Ujarku dalam hati.

Mengah-mengah merupakan antara petanda organ jantung/paru-paru anda tidaklah berfungsi dengan normal.
Tambahan lagi, jikalau anda sudah berehat 15 minit, tetapi masih termengah-mengah

Aku: Makcik, ada masalah kesihatan apa? Kencing Manis? Darah tinggi? Operation dulu-dulu?
Anak A: Dia ada kencing manis, darah tinggi, la doktor ni. Orang tua macam ni, semua ada.

Aku: Encik, saya perlu tanya betul-betul untuk elakkan daripada saya 'missed' apa-apa perkara penting. Nanti kalau saya kasi salah ubat, SAYA juga yang dipersalahkan. Bukannya Encik, ataupun Makcik.
(Anak A kaku, kelu tak berbicara.)

Aku: Kak Ana, tolong ambilkan 'vital signs'. Suhu sekali, ya.
Ku periksa perut makcik. YA ALLAH! Teruknya keadaan perutnya. 'warm, erythematous, indurated, tender' dari bawah pusat hinggalah ke 'right vulva'
Kak Ana: BP 90/41, HR 109, spO2 93%, suhu 35.4°C

Aku: Makcik, sejak bila macam ni perut makcik?
Anak A: (menyampuk) Tu sejak pakai pampers. Biasa saja tu. Ni pun dah OK dah.

Aku: Bila makcik mula pakai pampers? Kenapa makcik pakai pampers?
Anak A: (menyampuk lagi) Baru 3 hari ni. Sebelum ni, dia OK saja. Boleh jalan sendiri, pergi toilet sendiri. 3 hari ni, dia letih sangat-sangat sampai tak boleh berjalan.

Aku: Tak logik lah, 3 hari saja. Perut ni dah keras ni. Bengkak TERUK ni. Ni sekurang-kurangnya seminggu dua ni. Susah nafas ni teruk sangat juga, generalised creps. Bunyi di semua tempat. Susah nafas ni sejak bila pula?
Anak A: Saye royat sejak dalang keter tadi la! Doktor ni tok tahu sepekare pong! Saye royat mok saye baru je jadi gini sebab baru tubik dari keter! Perut ni kire OK dah. Dulu lagi teruk!

Aku hanya mampu senyum sinis. Dalam hatiku, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Aku: OK, Latif. Tolong ambilkan FBC. Kak Ila, sambil tu tolong saya beri nasal prong dan pasangkan ECG, ya.

Latif dengan mahirnya, mengambil darah makcik untuk dijalankan kajian FBC (full blood count). Syukur Latif ada disitu, tanganku sudah menggigil mahu menampar si anak tersebut. Biadap!!

Aku: ECG OK saja. Kita tunggu FBC pula. Saya rasa ada sesuatu tak kena. Darah tadi glucometer bacaannya berapa?
Kak Ana: Tadi try banyak kali, error. Mungkin sebab tinggi sangat.

Aku: Makcik, keadaan macam ni nampaknya macam kena pergi hospital. Tak boleh rawat dirumah kalau dah macam ni.
Makcik: Mokcik toksey GI sepita.. Toksey!!

Aku: Kak Ana, tolong buatkan UFEME in & out. Saya suspect makcik punya condition dah teruk.
Makcik: Teruk guane pong, Mokcik toksey sepita!

-------------------

<BERSAMBUNG>

Penat mengarang. Lama dah tak mengarang

Semangat Pesakit

"Orang cakap senang kan. Tapi, hati ini Allah sahaja yang tahu. Lagi-lagi, bila yang datang tengok saya tadi, Palliative Team".

Aku hanya mampu diam sahaja, sambil mengukir senyuman.
Hatiku tersentak!

Sebelum ini, jikalau aku punyai pesakit Palliative, aku taklah terasa sebegini. Namun, kali ini perasaannya amatlah berbeza. Kerana adik ini istimewa. Cukup istimewa bagi aku disebabkan 2 sebab (yang akan diceritakan selepas ini)


gambar; Hilman dan Ulwan terserempak di parkir motosikal

[3 jam sebelum itu]

Aku sebenarnya telah berjanji dengan juniorku untuk berjumpa di Cafe Jabatan Kecemasan bagi membincangkan tentang perancangan kewangan. Namun begitu, keajaiban telah berlaku!!

Semuanya bermula ketika di kawasan parkir motosikal ketika masing-masing sedang memarkir motosikal. Ulwan dan Hilman terserempak disana, masing-masing dengan tujuan yang berbeza, namun ditempat yang sama. Itulah taqdir!

Ulwan bertujuan mahu berjumpa denganku untuk berbincang tentang merancang kewangan, manakala Hilman pula ingin menziarahi sahabat bekas sekelas disekolah menengahnya yang sedang menghidapi penyakit kanser.

Mereka berpakat berjumpa denganku, bagi mencedok ilmu serba sedikit mengenai merancang kewangan. 

gambar; Alhamdulillah, aku berjaya menyampaikan 6/10 daripada ilmu merancangku

[Seusai sesi sharing]

Hilman; Jom, Ahmed. Kami nak ziarah kawan yang kena osteosarcoma.
Aku; Eh, siapa namanya? Mana lah tahu, aku ada jaga dia dulu masa di Ortho..
Hilman; Namanya Saidah, kena osteosarcoma dari hujung tahun lepas.
Aku; Eh, macam kenal aja... Nak gi ziarah sekali lah..

Aku dengan yakin terus ke tingkat 15, dan mencari nama Saidah dikalangan pesakit bagi mencari katil beliau. 

"Saidah.... Tingkat 15... Betul dah... Katil 20..." benak hatiku.
"Jom ke katil 20. Dia disana." ujarku pada Hilman dan Ulwan.

Aku ternampak muka beliau dan tiba-tiba aku rasa seperti aku pernah menjaga beliau semasa di Orthopedik. 

Hilman; Salam alaikum makcik, Saidah. Alhamdulillah, kami sampai juga. Ni saya nak perkenalkan, kenalan saya dua orang ni.
Yang ni Ulwan, dia sama tahun pelajaran dengan saya. Tapi, dinegeri lain - Volgograd. (Sambil menunding ibu jari, memperkenalkan Ulwan.

Hilman; Yang ini pula, kenal tak? (Sambil menunding ibu jarinya padaku)
Aku; Salam alaikum, makcik.. Salam alaikum Saidah.. Saya Ahmed (sengaja aku tak perkenalkan bahawa aku adalah doktor di hospital ini)
Hilman; Tak ingat, ya? Ini doktor kat sini.
Aku; Oh.. Baguslah tak ingat. Tak adalah ingat kesalahan saya, ya.. Hehe,. (sengaja aku berseloroh)
Saidah dan ibunya tergelak serentak, membuktikan lawakku berjaya.

Aku ambil kesempatan mereka berborak-borak sesama mereka untuk menyelak case notes beliau; 
Diagnosed osteosarcoma of left arm with lungs metastasis August 2014
Went for wide excision of tumor August 2014, subsequently was on 1st line chemotherapy.
Failed 1st line chemotherapy - tumor recurrence. Went for another excision of tumor and AMPUTATION of left arm with subsequent 2nd line chemotherapy. Presented on 12th August with shortness of breath, decreased effort tolerance, and lethargy. CT scan - tumor recurrence (failed 2nd line chemotherapy). Left chest tube inserted 12/8/15, and tumor excised for the 3rd time.
Referred to palliative team for further care and management.
Gambar; Seorang pesakit selepas amputasi tangan kiri kerana kesan perang
[flashback]
Aku terkedu sebentar. Tak mampu berkata apa-apa. Memoriku terus dibawa ke suatu hari ketika aku bertugas 'oncall'. Malam itu, aku bertugas oncall di Wad Ortopedik 14 dan 15
"Doktor, ada patient baru naik atas dari recovery nak minta doktor review patient ni." kata seorang jururawat melalui telefon.
"Eh, Patient elective atau emergency?" soalku tertanya-tanya.
"Sebab dia tak berapa stabil lah saya call doktor. Nak suruh doktor review, patient ni SOB dan tachy la.... Cepatlah datang, doktor.." nada jururawat tersebut menunjukkan ketakutan.

Aku berlari menuju ke Wad 15. 

"Adik, rasa susah nafas masa tarik atau lepas?"soalku.
Namun, dia tak menjawab. Aku perhatikan spO2 beliau 87%. Kemudian, aku upgrade oxygen supply kepada venti-mask. Alhamdulillah, spO2 berjaya pickup kepada 95%. Namun, kelihatan tak berapa stabil. Aku terus ambil ABG, dan terus berlari ke mesin ABG ditingkat 5. 
ABG tak cantik!!

"Boss. I'm calling you regarding a patient post-op. Developed SOB, tachycardia up to 140bpm, tachypnea 30bpm. ABG doesn't look so good la boss - respiratory acidosis. Maybe need to call anaesth for BIPAP. Just asking your opinion, if you say yes, then I'll cal them straight away."
"Sure, and make sure you KEEP YOUR EYES ON HER, OKAY!"
Malam itu, setelah Anaesth Team review beliau, aku sudah tidak lagi melihat beliau di Wad 14, kerana beliau dipindahkan ke ICU bagi rawatan lanjut.

--------------------------------------

Aku; Apa Prof kata pagi tadi? Chest tube ni masuk masa operation ke? Macam mana dengan discharge plan?
Saidah; Tu lah.. Tadi palliative dah datang, sedih juga... Ya lah kan.. Bila palliative ni, faham-faham saja lah kan.. Kena banyak bersabar sangat-sangat. Orang cakap senang kan. Tapi, hati ini Allah sahaja yang tahu. Lagi-lagi, bila yang datang tengok saya tadi, Palliative Team

Apabila urusannya sudah dibawah Palliative Team, maka ini bermaksud segala urusannya hanyalah semata-mata untuk melegakan simptom, bukan untuk mengubati penyakit. Selalunya, ia adalah kerana penyakit itu sudah tak boleh diubati secara total.

Maka, ianya diibaratkan seperti 'death sentence' kepada pesakit tersebut.

--------------------------------------

Sungguh besar pengorbanan beliau;
kehilangan sebelah tangan
kehilangan umur beliau
kehilangan harapan

Namun begitu, beliau tetap mampu bergelak ketawa dengan kami. Tetap mampu menerima kenyataan yang telah tercatat dalam Lauh Mahfuz

Allahu Robbi, kau hadiahkanlah syurgaMu kepada beliau~~
Dan golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang bersyukur

------------------------------

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.”
(surah Ali Imran, ayat 142)

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan
pahala tanpa hisab.”
(Surah Az Zumar, ayat 10)