KWSP - Akaun 1 (Part 2)
Maaf, sudah lama tak kemaskini blog. Semenjak aku mulai bekerja di Unit Rawatan Rapi (ICU), hidupku terumbang-ambing serba sedikit. Maklumlah, tugasku menguruskan pesakit-pesakit yang tak stabil, menstabilkan kondisi mereka, kemudian menghantar semula ke wad untuk rawatan selanjutnya.
Ada yang bertanyakan padaku berkenaan dengan post blogku berkenaan KWSP yang lepas. Dan ada juga yang bertanyakan untuk apa perlu tahu tentang KWSP. Menunjukkan masih banyak persoalan tentang KWSP yang perlu aku jelaskan.
Jadi, aku nak sambung semula bercerita mengenai KWSP.
Saya diberitakan, KWSP ada 3 akaun. Betulkah?
- Akaun 1 adalah akaun yang punyai simpanan wang terbanyak. Perlu diketahui bahawa caruman kita dalam Akaun 1 ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah umur kita mencecah 55 tahun.
- Namun begitu, kelonggaran diberikan untuk mereka yang berkeinginan melaburkan beberapa peratus caruman tersebut ditempat pelaburan yang lain.
- Dalam melabur, ada juga peraturan yang ditetapkan. Mulai 1 Januari 2014, telah dikuatkuasakan peraturan terbaru - Simpanan Asas Pilihan Pelaburan
- Namun begitu, wang yang ada didalam akaun serta hasil dividen pelaburan daripada Akaun 1 TIDAK BOLEH dikeluarkan untuk sampai ketangan kita sehinggalah kita berumur 55 tahun. (prinsip no leakages). Jikalau dijual hasil pelaburan, semuanya akan masuk semula ke Akaun 1 KWSP kita.
Jadi, marilah kita bersama-sama menyahut seruan Kerajaan Malaysia untuk mencapai sekurang-kurangnya RM 196,800 didalam akaun 1 kita dengan melaburkan wang caruman KWSP kedalam Unit Trust Company.
_________________________________________________________________
Akan kusambung dengan bahagian seterusnya berkenaan dengan Akaun 2 dan bagaimana mengeluarkan wang dari Akaun 2.

- Ya, KWSP dahulunya ada 3 akaun - Akaun 1 / Akaun 2 / Akaun 3AKAUN 1
- Namun, kini telah dijadikan 2 akaun sahaja, berkuatkuasa pada tahun 2007
- AKAUN 1: mengandungi 70% caruman kita
- AKAUN 2: mengandungi 30% caruman kita
- Akaun 1 adalah akaun yang punyai simpanan wang terbanyak. Perlu diketahui bahawa caruman kita dalam Akaun 1 ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah umur kita mencecah 55 tahun.
- Namun begitu, kelonggaran diberikan untuk mereka yang berkeinginan melaburkan beberapa peratus caruman tersebut ditempat pelaburan yang lain.
- Dalam melabur, ada juga peraturan yang ditetapkan. Mulai 1 Januari 2014, telah dikuatkuasakan peraturan terbaru - Simpanan Asas Pilihan Pelaburan
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM196,800 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

0 comments: