Mak Saya Kata...

5:23 AM Ahmedkzaman 0 Comments

"Fuh, akhirnya dapat juga aku rehat. Non-Stop dari pukul 8 pagi" Hazwan mengeluh keletihan sambil melabuhkan punggungnya ke sofa bilik rehat kami.


Ya, kerja kami tak putus-putus dari awal pagi. Ada-ada saja pesakit yang datang masuk ke Wad Bersalin sama ada secara kecemasan ataupun dari klinik antenatal dan juga klinik saringan. Belum lagi pesakit yang sedia ada dan juga pesakit yang masuk ke dewan bedah untuk pembedahan kecemasan 'Caesarian Section'  Begitulah kerja kami. Ada hari, boleh berehat. Ada pula hari kami sangat sibuk, hinggakan terpaksa menjama' solat Zohor dan juga Asar disebabkan terkandas didalam dewan bedah disebabkan komplikasi-komplikasi pembedahan yang walaupun SANGAT MINIMA, tetapi tetap ada.

"Hazwan, kau pergi lah 'lunch' dulu. Aku 'cover' wad, kau ajaklah siapa-siapa lagi yang nak pergi makan. Naufal dan aku puasa sunat" cadangku pada Hazwan, yang kelihatan layu, tak makan sejak pagi hingga sekarang, 3 petang.

--------------------------------------------------------

"Houseman!! 'Patient' baru sampai!! BAH!!" jerit jururawat wad bersalin.

Sudah menjadi kebiasaan semua jururawat wad bersalin untuk hanya menjerit bagi memanggil doktor pelatih. Alasan mereka - penat nak berjalan ke bilik rehat Houseman Officer.
Aku bergegas seperti biasa, ke kubikel pesakit untuk 'clerk and examine' pesakit. Seusai memperkenalkan diri, aku memulakan langkahku.

Bayi yang lahir kelihatan 'innocent'. Ibu hendaklah tahu cara mengendalikan kelahiran dengan betul

"Puan Ila (bukan nama sebenar), baby lahir kat rumah, ya? Pukul berapa tu?" soalku padanya
"Iya, doktor. Dalam lebih kurang 2.30petang tadi." jawab Pn. Ila

"Macam mana boleh lahir kat rumah?" soalku dengan nada yang tak berapa senag hati.
"Mak saya kata, tunggu sakit sangat-sangat barulah datang hospital" jawabnya tenang.

"Pecah air ketuban pukul berapa, ya? Baru pecah dalam 2 jam sebelum bersalin ke?" soalku lagi
"Air ketuban dah lama pecah. Sejak semalam pukul 9 malam" jawapannya tenang sentiasa.
pecah air ketuban adalah ditakrifkan seperti keluarnya air yang banyak daripada laluan kelahiran bayi,
ataupun keluarnya air yang berterusan (seringkali menitik-nitik secara berterusan)

"ASTAGHFIRULLAH AL AZIM!!" aku menjerit dalam hati sahaja, kononnya mahu mengekalkan profesionalisme.

"Pn. Ila, air ketuban dah pecah lebih 18 jam. Ini meningkatkan risiko bayi mendapat jangkitan kuman. Boleh jadi juga bayi tak bernafas selepas keluar dari rahim puan. Rugi saja nanti puan mengandungkan anak 9 bulan!" tegurku padanya.

"Tapi, mak saya kata tak apa. Itu biasa. Tunggu sakit kuaaaatt sangat baru pergi hospital" jawabnya degil.

"Baby macam mana lahir tadi, puan? Siapa ada ditepi masa lahirkan baby?"
"Husband dengan Mak saya kat tepi saya masa tu." jawabnya selamba

"Uri baby, siapa yang potong? Macam mana boleh keluar?" soalku sangsi dengan jawapannya.
"Masa baby dah keluar kepala, doktor ambulans sampai. Dia yang potong dan tolong keluarkan uri."

"Baby masa lahir terus menangis ke, tak menangis? Ataupun lepas 5 minit baru menangis?"
"Baby lahir-lahir saja, terus menangis"

Alhamdulillah... bayinya selamat, dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik.

Antara sebab utama kematian bayi baru lahir;
1. kurang matang
2. masalah semasa tempoh kandungan
3. jangkitan penyakit


---------------------------------------------------

Setelah mendapatkan 'history' yang lebih lengkap, barulah ku faham.
Beliau sebenarnya terlanjur. Baru sahaja dikahwinkan 3 bulan yang lepas.
Ibunya tak mahukan cucunya yang ini. Namun, segala-galanya sudah terlambat.

--------------------------------------------------

Nota kaki;
  • Bahaya sekiranya tidak mendapatkan bantuan perubatan jikalau sudah pecah air ketuban melebihi 18 jam. Baby yang baru lahir boleh berhenti bernafas secara tiba-tiba lalu mengakibatkan kematian jikalau tidak ada bantuan perubatan yang mencukupi

  • Apabila sakit perut mengeras (kontraksi / 'contraction') semakin kerap dan berkala, hendaklah mendapatkan bantuan perubatan. Kontraksi yang terlebih banyak boleh mengakibatkan rahim pecah, serta pendarahan yang amat banyak dan mengakibatkan kematian. Ini biasanya terjadi pada ibu mengandung yang mempunyai parut C-Section.

0 comments:

Rosak Anak Muda Bangsaku

10:09 AM Ahmedkzaman 0 Comments

'Rotation'di Jabatan Obstetrik & Ginekologi mewajibkan aku untuk terus berada di Wad Bersalin sehingga kini.

Sepanjang 3 minggu disini, banyak masalah so'sial' remaja bangsaku, bangsa Malaysia, secara khususnya kaum Melayu beragama ISLAM yang telah dirosakkan serta dicemari budaya kuning dari barat.
antara poster yang mengajak menjauhi zina


Jadi, ku ceritakan beberapa kisah yang telah berlaku didepan mataku
(p/s; kisah diubahsuai untuk penambahan perisa, MSG, dan sebagainya)

statistik pada tahun 2011..
belia remajaku makin dirosakkan budaya barat..

==========================================

"Aaaaarrrrgggghhhh!! Sakitnya!!"
Jeritan seorang wanita bergema dihadapan kecemasan 'Labour Room'. Mengejutkan aku dan Naufal yang sedang berehat ditepi koridor sambil mengulang kaji komplikasi yang sering terjadi selepas bersalin serta 'management'nya.

Bergegas, kami berlari ke bahagian kecemasan yang hanya terletak tak sampai 20 langkah dari tempat kami berdiri.

Kelihatan seorang wanita berumur awal 30-an diatas 'stretcher' yang sedang ditolak sepasukan paramedik masuk kedalam Wad bersalin.
Dah lama saya rasa macam ada tsunami dalam perut saya. Mungkin angin aje.. Tapi kali ni SAKIT SANGAT!

"Doctor, this is a 25 years old lady, unmarried brought from work around Pantai Dalam, with complaints of contraction abdominal pain since 10am. Apparently, she denied that she was pregnant, denied she had SI but according to her officemates, her abdomen increased in size for the past 4 months. Upon palpation, uterus gravid, singleton, contractions 3 in 10." Begitulah ringkasan pesakit yang diberikan oleh paramedik yang menghantar wanita tersebut ke Wad Bersalin. Walaupun 'history' yang diperoleh agak samar-samar, namun kami terus menerima pesakit tersebut.

"Staff nurse, terus tolak 'patient' masuk labour suite. Kita buat VE (vaginal examination - sejenis pemeriksaan bagi memeriksa saiz bukaan laluan bayi). Nampak gayanya macam dah 'fully opened" arah Naufal dengan tegas pada staff nurse yang bertugas.

"Puan, apa nombor telefon suami? Mana suami puan? Kami mahu hubungi beliau untuk beritahu puan hampir bersalin." salah seorang daripada staff nurse bertanya.

"Saya tak mengandung! Tak.. Mana saya mengandung..." ujar wanita tersebut yang bernama Iza, menidakkan bahawa dia tak mengandung.
"Saya tak ada suami. Saya belum kahwin lah!" tegas wanita tersebut.
"Aduhai!! Sakitnya perut saya!! Doktor, tolonglah saya..." rayu Iza meminta simpati

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik bersalin, pemeriksaan VE dilakukan Naufal.
"Os full! Station +1. Tolong prepare delivery set. Kita encourage patient" dengan yakin Naufal mengarah.

"Puan, baby dah nak keluar. Bila rasa sakit perut, teran macam masa sembelit. Bolehkan." arah Naufa yang berbunyi seperti pertanyaan kepada Iza

"Doktor, saya tak mengandung. Mana ada saya mengandung. Saya tak ada baby dalam perut" jawab Iza, mahu menidakkan kondisinya.

"Dahtu, baby ni apa? Saya dah nampak rambutnya. Saya dah rasa kepalanya." marah Naufal.
"Dah, saya kata teran, puan teran! Nanti baby lemas kalau puan tak teran!" jeritnya tegas. 

Begitulah tugas kami. Kami mahu menyelamatkan bukan sahaja Sang Ibu, tapi juga Sang Anak. Jikalau kandungan dibiarkan lama dilaluan keluar, boleh mengurangkan bekalan oksigen pada kandungan lalu boleh mengakibatkan bayi mati lemas, ataupun jikalau selamat, mengalami masalah otak yang kritikal, yang mencacatkan.

Tak sampai 10 minit selepas itu, alhamdulillah. Bayi berjaya dilahirkan. Diletakkan bayi diatas perut Iza, tapi dia masih menggeleng kepalanya sepertinya tak percaya hidupnya seorang bayi didalam rahimnya selama 9 bulan.
akhirnya, baby out. alhamdulillah, cepat saja.
(p/s; ini gambar baby caesarian, bukan svd. harap maklum)
-----------------------------------------------

Bila ditanya selepas bersalin, rupa-rupanya Iza tak tahu bahawa hubungan seksual boleh mengakibatkannya mengandung. dan dia sudah melakukan hubungan seksual dengan lelaki tersebut sejak setahun. 

Mungkin, ia menjentik kita bahawa kesedaran tentang hubungan seks diluar nikah itu penting bagi semua orang, terutamanya kepada golongan belia dibandar yang terdedah kepada semua perkara tanpa penapisan.
Cinta itu suci. Jangan cemari cinta anda dengan zina!
Anda bijak jauhi Zina!!

ANAK MUDA BELIAKU ROSAK. 

Apakah masih ada cahaya?

0 comments:

Doktor Sendiri

8:38 AM Ahmedkzaman 0 Comments

Banyak juga jumpa pesakit yang macam ni
Situasi 1. diabetic foot ulcer disebabkan Kencing Manis tak terkawal
"pakcik, kenapa tak makan ubat kencing manis? berapa lama dah tak makan?"

"dah dekat 2 tahun tak makan ubat, doktor.. takde apa2 pon kat pakcik. tu yang pakcik tak makan tu"
"ni pakcik punya kaki busuk bernanah, kena makan ulat ni sebab pakcik tak jaga gula dalam badan ni. mana ada org biasa terpijak paku tak perasan. hanya perasan bila dah busuk bernanah, bengkak macam ni."

"takdelah doktor. pakcik tak perasan ni sebab kulit kaki pakcik tebal. sebabtu tak rasa. lagi satu, pakcik dah makan ubat gula kawan pakcik kasi tu.. tu yg sihat badan, sampai kuat sangat. ta terasa sakit."

NB! uncontrolled diabetes boleh menyebabkan masalah saraf tangan dan kaki. antara simptomnya adalah kaki rasa kebas. ta mampu rasa permukaan yang dipijak. ditambah lagi dengan keupayaan badan untuk sembuh dari luka, menyebabkan luka yang ada bukan sahaja tak terasa, malah bernanah dan busuk.
Jangan jadi 'doktor sendiri'. Bahaya untuk anda sendiri

Situasi 2. hypertensive crisis (tekanan darah yg sangat tinggi)
"pakcik, takkan pakcik ta pernah follow up mana2 doktor utk darah tinggi."
"ada dulu2 doktor, lepas 2 bulan follow up, pakcik tak makan ubat darah tinggi. kawan pakcik haritu koma sebab darah rendah, makan ubat darah tinggi. lepas dia sedar, dah tak makan ubat doktor. elok je sampai sekarang. pakcik pun tak makan lah ubat! takde plak pening kepala..."
"pakcik, tekanan darah tinggi memang sangat jarang ada simptomnya, lagi2 pakcik yang dah biasa tekanan darah 170/90 ni. bila tekanan darah 210/110 barulah pakcik terasa macam sekarang ni"

NB! memang tanpa mengambil ubat darah tinggi, badan rasa biasa saja. tak ada beza. tapi, tekanan darah tinggi jika dibiarkan terlalu lama bakal naik lagi dan boleh menyebabkan penyakit2 bahaya seperti strok dan mati mengejut
Ubat-ubatan mesti dimakan secara berterusan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

ada sebabnya, mengapa doktor2 menyuruh semua untuk mengamalkan pengambilan ubat2an secara berterusan.

jangan berhenti mengambil ubat2an hanya kerana telah mengambil ubat2an tradisional. Pastikan terlebih dahulu, apa kandungan ubat tradisional tersebut. dan yang paling penting, pastikan ianya diluluskan KKM terlebih dahulu.

0 comments:

Kenapa Blog?

8:09 AM Ahmedkzaman 0 Comments

"Ahmed, dah macam ikon la pula aku tengok kau, siap ada Facebook Page lagi"
Begitulah antara komen tentang aku, ketika mula menapak dalam bidang penulisan dialam maya.
Sebenarnya, sudah lama aku meninggalkan medan penulisan. Kalau tak salah, semenjak insiden bilik hostelku terbakar (terlalu panjang untuk diceritakan secara detail)

Alhamdulillah, kini aku sudah mula menaip sekali lagi. Mungkin corak penulisanku sudah tak seperti dahulu, tapi aku tetap mahu menulis. Kali ini, kisah hidupku sebagai seorang yang bergelar, 'Houseman Officer'


Sepanjang aku bertugas sebagai seorang doktor pelatih, banyak insiden yang menyebabkan aku terfikir panjang. Terlalu banyak insiden yang sebenarnya boleh dielakkan dengan jalan pendidikan masyarakat tentang kesihatan walaupun hanya dipermukaan sahaja. Antaranya seperti berikut;
  • Kisah pakcik yang berpenyakit kencing manis, tetapi tak mahu mengambil apa-apa yang mengandungi gula, lalu mengakibatkannya terkena 'hypoglycemic coma' (koma disebabkan kekurangan gula)
  • Kisah makcik berpenyakit darah tinggi, yang masuk ke hospital kerana strok disebabkan tak mengambil ubat secara berkala (regularly)
  • Kisah pakcik berpenyakit 'diabetic neuropahty' yang terpijak paku tetapi tidak menyedarinya hinggalah kaki beliau sudah bernanah dan busuk
  • Kisah ibu melahirkan anak dirumah meninggal dunia kerana pendarahan yang teruk
  • dan pelbagai lagi

Sebenarnya, hampir semua penyakit yang teruk boleh diatasi dengan pendidikan kesihatan yang mencukupi bagi semua lapisan masyarakat mengikut kadar pemahaman masing-masing.

Itulah sebab utama aku mahu menulis. 

Diharapkan, tulisan aku ini sampai kepada mereka, secara langsung ataupun tidak langsung melalui kenalan-kenalan serta sahabat-handai mereka.


0 comments:

Kini sudah ke blog

7:57 AM Ahmedkzaman 0 Comments

========
Blog Baru
========

"Ahmed, why don't you make a blog, easier for me to read, as I'm not very keen with Facebook"
"Bro, buat blog la. Baru lah professional sikit"
"Kalau kau buat blog, ada potensi sikit. Sebab kau boleh buat website kau sendiri nanti"

dan komen-komen berterusan..
ada yang minta buat blog
ada juga yang minta teruskan ber'mukabuku'

Jadi, saya menulis dalam dua medium.
InsyaAllah, sama-sama ambil manfaat


0 comments: