Kenapa Blog?

8:09 AM Ahmedkzaman 0 Comments

"Ahmed, dah macam ikon la pula aku tengok kau, siap ada Facebook Page lagi"
Begitulah antara komen tentang aku, ketika mula menapak dalam bidang penulisan dialam maya.
Sebenarnya, sudah lama aku meninggalkan medan penulisan. Kalau tak salah, semenjak insiden bilik hostelku terbakar (terlalu panjang untuk diceritakan secara detail)

Alhamdulillah, kini aku sudah mula menaip sekali lagi. Mungkin corak penulisanku sudah tak seperti dahulu, tapi aku tetap mahu menulis. Kali ini, kisah hidupku sebagai seorang yang bergelar, 'Houseman Officer'


Sepanjang aku bertugas sebagai seorang doktor pelatih, banyak insiden yang menyebabkan aku terfikir panjang. Terlalu banyak insiden yang sebenarnya boleh dielakkan dengan jalan pendidikan masyarakat tentang kesihatan walaupun hanya dipermukaan sahaja. Antaranya seperti berikut;
  • Kisah pakcik yang berpenyakit kencing manis, tetapi tak mahu mengambil apa-apa yang mengandungi gula, lalu mengakibatkannya terkena 'hypoglycemic coma' (koma disebabkan kekurangan gula)
  • Kisah makcik berpenyakit darah tinggi, yang masuk ke hospital kerana strok disebabkan tak mengambil ubat secara berkala (regularly)
  • Kisah pakcik berpenyakit 'diabetic neuropahty' yang terpijak paku tetapi tidak menyedarinya hinggalah kaki beliau sudah bernanah dan busuk
  • Kisah ibu melahirkan anak dirumah meninggal dunia kerana pendarahan yang teruk
  • dan pelbagai lagi

Sebenarnya, hampir semua penyakit yang teruk boleh diatasi dengan pendidikan kesihatan yang mencukupi bagi semua lapisan masyarakat mengikut kadar pemahaman masing-masing.

Itulah sebab utama aku mahu menulis. 

Diharapkan, tulisan aku ini sampai kepada mereka, secara langsung ataupun tidak langsung melalui kenalan-kenalan serta sahabat-handai mereka.


0 comments: