ANGIN yang menyebabkan aku naik HANGIN

5:29 PM Ahmedkzaman 0 Comments

Sebelum ini, aku teringin menaip tentang kepala bayi. Tapi, setelah 'oncall' hari ini, mahu ku kongsikan tentang apa yang terjadi malam tadi.

Semuanya kerana 'ANGIN'

----------------------------------

MO A: Ahmed, come to resuscitation. I would appreciate your help over here. Thanks.
Aku: Errr... Juz lemme pray first,k boss..
MO A: Alright, np.

Aku yang sedang menjamu juadah berbuka terus tak lalu makan. Selalunya, semuanya diuruskan beliau sendiri. Namun.... Apakan daya.. Bermaksud memang beliau tak cukup tangan di zon merah, Jabatan Kecemasan.

Aku cari pesakit di Resuscitation. 

"Satu.. Dua.. Tiga.. Wah!! Rekod baru!!" Jeritku bersendirian.

We just beat the record!! Yippi-ka-yeay!!

Tiga pesakit di Resuscitation menunggu untuk diperiksa kami. Belum pernah Gynae terima pesakit seramai ini di Resuscitation.

Belum sempat melihat dan memeriksa semua pesakit, datang seorang lagi. Kali ini dengan keguguran bayi kembar pula.

"Ahmed, is it you that did this to me? I've never had more than 2 patients in resuscitation per day, yet you brought me 4 AT THE SAME TIME today!" Kata beliau, sambil kami berdua ketawa bersama.

"Mungkin Allah nak ajar aku lebih sikit hari ni. Tak apa.." pujuk hatiku sendirian.

----------------------

"Puan, macam mana boleh keguguran? Sakut perut sejak bila? Ada keluar lendir darah ke? Bila pecah air ketuban?" soalku tak berapa puas hati dengan kondisi pesakit yang baru sahaja datang dengan keguguran kandungan kembar.
"Doktor, saya pun tak tahu macam mana boleh gugur. Asalnya, sakit perut. Sekejap ada, sekejap tak ada. Banyak kali macam tu dari pagi semalam. Lepas tu, okay sahaja. Sampai pagi tadi. Sakit makin kuat semula." jawab puan Arni tersedu sedan.

"Kenapa tak jumpa doktor? Ini kan perkara yang pelik terjadi masa mengandung?" soalku lagi.
"Saya ingat semua ni ANGIN saja. Sebab tu saya tak jumpa doktor. Sapu minyak angin saja..." jawapannya sedih, seperti kesal dengan tindakan sendiri.

"Air menitik-nitik dari bawah sejak pagi tadi, mula dalam pukul 7 pagi. Saya ingat biasa. Mungkin ini sebab ANGIN..." tambahnya lagi.

what are you talking about?? angin??
Aku mulai 'naik ANGIN'. Bagaimana mungkin seorang ibu sepertinya tak kisah tentang kesihatan diri dan kandungan. Namun, terpaksa rahsiakan ANGIN diriku, untuk professionalisme.

Aku melihat keluar, kelihatan susuk tubuh tinggi lebih kurang diriku, tapi sedikit berisi daripadaku, suami Puan Arni. Beliau sedang menangis teresak-esak. Mungkin, menyalahkan diri sendiri atas apa yang telah berlaku.

Sambil menyerahkan dua tubuh kecil yang sudah menyerupai manusia, kepalanya besar. Mata, mulut, telinga. Semuanya sudah terbentuk. Begitu juga dengan jari jemari yang dua puluh itu sudah kelihatan jelas. Aku mengucapkan takziah pada Sang Suami.

Diagnosis: complete miscarriage of twin pregnancy at 18 weeks + 3 days.

-------------------

Mesej bawa rumah (take home message)
1. Jikalau semasa mengandung, anda punyai sakit perut, terutamanya yang berkala. Sila berjumpa dengan doktor. Mungkin anda akan mengalami situasi yang sama dengan pesakit ini. Ini mendedahkan diri anda kepada risiko keguguran yang tidak bagus kepada kesihatan badan anda, mental anda dan juga mental orang yang tersayang.
2. Ingat! Sebarang kontraksi rahim sebelum umur kandungan 37 minggu adalah tidak normal. Sila dapatkan bantuan kesihatan di klinik atau hospital terdekat secepat mungkin
3. Masyarakat perlu di didik tentang penggunaan perkataan 'ANGIN' yang telah banyak disalah guna. Pernah suatu ketika, pesakit menganggap dirinya cuma 'rasa ANGIN saja' dan meninggalkan hospital tanpa dilihat doktor, namun sebenarnya, dia telah terkena serangan jantung, unstable angina yang mampu meragut nyawa!

0 comments: