Sakit Jantung (IHD)

1:46 AM Ahmedkzaman 0 Comments

Nampak tak, atherosclerotic plaque yang dibawa keluar dari coronary artery pesakit ini? Lebih kecil dari ' maggot' 

Ini adalah contoh lemak yang dikeluarkan dari saluran jantung salah seorang pesakit yang kukenali agak lama.

Pakcik: Pakcik bukan sakit jantung.. Pakcik cuma lenguh-lenguh kawasan dada & bahu kiri galas beg berat je.. Sebabtu kot sakit..
Aku: Tapi, pakcik.. Ini tanda-tanda sakit jantung. Lagipun pakcik risiko tinggi, sebab pakcik ada darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi. 
Pakcik: Tak doktor... Pakcik hanya sakit otot ni. Tiap-tiap kali tekan rasa sakit. Kalau sakit jantung tekan tak tekan dua-dua pun sakit.
Aku: Boleh jadi dua-dua terjadi pada masa yang sama - lenguh badan dan sakit jantung. Apa kata kita buat test seterusnya? 
Buat ECG --> ECG ok...
Buat stress test --> ST depression antero-inferior leads in stage 2
Buat Angiogram --> SEVERE DIFFUSED 3 VESSEL DISEASE!! (3VD - ketiga-tiga saluran pembuluh darah yang utama tersumbat)
Planned for Coronary Artery Bypass Grafting (CABG). Alhamdulillah.. Berjaya menjalani CABG..
Sekarang beliau masih dalam proses recovery. Doakan keselamatan serta kesejahteraan beliau.

Tahun 2009 adalah tahun beliau mahu bekerja diluar negara. Mahu ke Azerbaijan katanya. Untuk itu, beliau perlu melakukan 'medical checkups'. Beliau yang juga pesakit darah tinggi, disahkan punyai kandungan kolesterol yang tinggi. Pada masa yang sama, beliau sering mengadu sakit dada sebelah kiri yang merebak ke bahu kiri yang akan hilang pabila berehat sebentar. Namun begitu, dikatanya hanya sengal-sengal otot disebabkan beban beg yang berat.

'Stress test' dijalankan. Beliau tak mampu menyempurnakan Stage 2 stress test kerana doktor melihat perubahan ST depression dalam 'postero-inferior leads'.

ECG stress test

Oleh sebab itu, disarankan doktor untuk lakukan ujian seterusnya, iaitu ANGIOGRAM bagi memastikan beliau 'clear' dari sakit jantung. Maka, telah ditetapkan tarikh angiogram, namun beliau tak hadir ke appointment angio beliau.

1. Sakit jantung (Ischemic Heart Disease - IHD)

Darah tinggi juga digelar pembunuh senyap (silent killer). Yang mana boleh jadi tiada simptom walau sedikit pun. Ada juga yang hanya mengalami simptom SEDERHANA TERUK sahaja. Dan ada juga yang mengalami simptom yang sangat teruk.
Pendek kata, lain orang, lain keseriusannya. Namun, tak dinafikan kebanyakan pesakit merasa kesakitan yang amat kuat pabila terkena serangan jantung.

2. Beberapa variasi pesakit jantung. Secara mudahnya adalah seperti berikut

Pesakit A: simptom teruk, angiogram salur darah tersumbat teruk
Pesakit B: simptom teruk, angiogram salur darah tersumbat sederhana
Pesakit C: simptom sederhana, angiogram salur darah tersumbat teruk
Pesakit D: simptom sederhana, angiogram salur darah tersumbat sederhana
Pesakit E: simptom sederhana, angiogram tiada salur darah tersumbat
Pesakit F: simptom tiada, angiogram tiada salur darah tersumbat
Pesakit G: simptom tiada, angiogram tersumbat sederhana
Pesakit H: simptom tiada, angiogram tersumbat TERUK!!

Pesakit H adalah contoh pesakit yang terkena kematian disebabkan serangan jantung mengejut. Inilah yang menyebabkan penyakit jantung digelar silent killer.

Berhati-hatilah jika anda tergolong dalam golongan yang aku highlightkan. Anda boleh diserang serangan jantung bila-bila sahaja!!

Jadi, hati-hati! Anda mungkin tiada simptom sakit dada, mengah ataupun simptom-simptom tipikal yang lain. Namun, hakikatnya ANDA ADALAH calon pesakit jantung.

--------------------------------

Belakangan ini, masyarakat kita masih tak mahu percayakan teknologi moden, dan mahu beralih kepada teknologi 'atas angin' seperti Bedah Batin, Air Mujarab, Kerusi Urut Special, dan bermacam lagi.

Kononnya beralih jauh dari teknologi, padahal sebenarnya ditipu mati-matian oleh salesman teknologi tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan pesakit-pesakit seperti ini seringkali datang ke hospital dengan komplikasi penyakit yang tak dapat dikawal lagi dan kemudiannya menyebabkan diri sendiri yang menanggung padah!

Ubatan tradisional VS Ubatan Moden

Bukan sedikit pesakit aku yang masuk ke hospital dengan komplikasi penyakit, hasil daripada kawalan penyakit yang sangat teruk.
Contohnya, di wad Ortopedik (bahagian tulang). Boleh kata sekurang-kurangnya 1/3 daripada wad dihuni pesakit komplikasi kencing manis iaitu luka di kaki (diabetic foot ulcer - DFU). Mereka datang bukan sahaja dengan luka, tetapi NANAH HIJAU serta bau busuk yang sungguh tak menyenangkan!!

0 comments:

KWSP - Akaun 1 (Part 2)

3:13 AM Ahmedkzaman 0 Comments

Maaf, sudah lama tak kemaskini blog. Semenjak aku mulai bekerja di Unit Rawatan Rapi (ICU), hidupku terumbang-ambing serba sedikit. Maklumlah, tugasku menguruskan pesakit-pesakit yang tak stabil, menstabilkan kondisi mereka, kemudian menghantar semula ke wad untuk rawatan selanjutnya.

Ada yang bertanyakan padaku berkenaan dengan post blogku berkenaan KWSP yang lepas. Dan ada juga yang bertanyakan untuk apa perlu tahu tentang KWSP. Menunjukkan masih banyak persoalan tentang KWSP yang perlu aku jelaskan.

Jadi, aku nak sambung semula bercerita mengenai KWSP.

Saya diberitakan, KWSP ada 3 akaun. Betulkah?
- Ya, KWSP dahulunya ada 3 akaun - Akaun 1 / Akaun 2 / Akaun 3
- Namun, kini telah dijadikan 2 akaun sahaja, berkuatkuasa pada tahun 2007
- AKAUN 1: mengandungi 70% caruman kita
- AKAUN 2: mengandungi 30% caruman kita
AKAUN 1

- Akaun 1 adalah akaun yang punyai simpanan wang terbanyak. Perlu diketahui bahawa caruman kita dalam Akaun 1 ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah umur kita mencecah 55 tahun.

- Namun begitu, kelonggaran diberikan untuk mereka yang berkeinginan melaburkan beberapa peratus caruman tersebut ditempat pelaburan yang lain.

- Dalam melabur, ada juga peraturan yang ditetapkan. Mulai 1 Januari 2014, telah dikuatkuasakan peraturan terbaru - Simpanan Asas Pilihan Pelaburan
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM196,800 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Semuanya wujud bagi memastikan ahli memperolehi jumlah minimum bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.  
- Dalam keghairahan kita melabur, perlu diingatkan. Wang daripada Akaun 1 hanya boleh dilaburkan di AMANAH SAHAM (UNIT TRUST) yang terpilih sahaja - Institusi Pengurusan Dana, seperti Public Mutual Berhad, serta syarikat amanah saham yang lain.

- Namun begitu, wang yang ada didalam akaun serta hasil dividen pelaburan daripada Akaun 1 TIDAK BOLEH dikeluarkan untuk sampai ketangan kita sehinggalah kita berumur 55 tahun. (prinsip no leakages). Jikalau dijual hasil pelaburan, semuanya akan masuk semula ke Akaun 1 KWSP kita.

Jadi, marilah kita bersama-sama menyahut seruan Kerajaan Malaysia untuk mencapai sekurang-kurangnya RM 196,800 didalam akaun 1 kita dengan melaburkan wang caruman KWSP kedalam Unit Trust Company.

_________________________________________________________________

Akan kusambung dengan bahagian seterusnya berkenaan dengan Akaun 2 dan bagaimana mengeluarkan wang dari Akaun 2.

0 comments: