Doktor Gugel

9:48 AM Ahmedkzaman 2 Comments

Semalam aku di'panas'kan dengan satu post dari entah siapa yang aku tak kenal tapi telah mendapatkan perhatian lebih 1,000 pembaca dan mendapat 'share' dari 528 orang.
Aku cuma boleh #‎tepukdahi dengan masalah yang telah ditimbulkan oleh golongan seperti ini!

Cukup menyebabkan aku HARU-BIRU, mahu membetulkan padangan masyarakat!


aku hanya mampu garu kepala.. media sosial menjadi dalil-dalil mereka.

Boleh rujuk artikel yang bakal dibalas olehku disini

Antara kesilapan artikel ini;

1. "Ada yang kini menghadapi kencing manis, darah tinggi dan lain-lain walaupun sebelum menerima rawatan, sakitnya hanyalah jantung (ischemic heart disease)"

- Katanya, masalah kesihatan yang pertama adalah sakit jantung, yang kemudiannya menjadi parah setelah mengambil ubat-ubatan moden.
- Kata sains, sakit jantung adalah masalah kesihatan yang muncul daripada 'lifestyle' yang tidak sihat (makan tak jaga - bergula, berminyak, berlemak, stres tempat kerja, kurang bersenam, dll)
Antara contoh ubat-ubatan yang digunapakai untuk IHD. Yang mana satu menjadi penyebab penyakit-penyakit yang lain, ya, wahai Neil yang bijak lagi pandai?
Sumber; WebMD
- Bila dah ada sakit jantung (vital organ damage) maksudnya, organ-organ lain sudah tentu akan turut sama terlibat.
- Ubat-ubatan moden pula berfungsi sebagai membenarkan jantung berfungsi lebih baik dengan mekanismenya yang tertentu (mengembangkan salur darah, mencairkan darah, mengurangkan beban jantung mengepam darah) Apabila semua ini mahu dicapai, bermaksud pengaliran darah makin bagus, bukannya makin teruk lalu mengakibatkan kencing manis dan darah tinggi.
- Jadi, pengambilan ubat-ubatan moden TIDAK menyebabkan munculnya penyakit yang lain-lain. Fakta Neil ini tidaklah boleh digunapakai


  • IHD berlaku disebabkan risiko seperti darah tinggi, kencing manis, tinggi kandungan kolesterol. Bukannya disebabkan ubat-ubatan moden selepas sakit jantung. Fahaman anda telah salah, Neil.
    Sumber; Wikipedia
    2. "Perubatan moden juga senantiasa menjadikan manusia sebagai bahan ujikaji. Kandungan dosnya sama dalam setiap model ubat tetapi tahap tubuh manusia tidak sama."

    - Maaf, Neil. Anda betul tetapi salah pada masa yang sama.
    - Betul - ya, lain manusia punyai kadar metabolisme yang berbeza. Menjadikan kesan ubat-ubatan itu tidak sama terhadap individu yang berbeza pada dos yang sama
    - Salah - Sudah semestinya menjadi rutin bagi doktor untuk mengetahui fungsi organ-organ individu supaya tida berlakunya 'overdosage'.
    - Jadi, TIADA istilah manusia menjadi bahan ujikaji ubat-ubatan.

    3. "Doktor akan cuba beri ubat mengikut dos paling rendah, apabila berlarutan ditambah dos dan apabila surut, dos dikurangkan. Ini akan mengundang ketidakstabilan sistem tubuh kerana setiap dos ubat itu mengandungi kandungan dadah tertentu yang menjadi painkiller tetapi bukan diseasekiller."
    - Maaf, ketidakstabilan tidak berlaku kerana fungsi ubat-ubatan adalah memperbaiki / membantu sistem badan bertindak. Bukannya merosakkan fungsi organ-organ.
    - Manakala, sesetengah penyakit adalah 'self-limiting' yang bermaksud hanya bertinda dalam jangkamasa tertentu sahaja. Sistem tubuh badan secara automatik akan melawan penyakit yang ada.
    - Ya, sesetengah ubat-ubatan hanya bertindak sebagai 'symptom relief' sahaja (ubat demam, ubat selesema, ubat batuk)
    - Namun, kes ini hanya 'valid' untuk beberapa jenis penyakit sahaja (eg; vira fever). Bukan semuanya boleh dilawan oleh sistem fisiologi badan manusia. Terutamanya kes-kes yang 'complicated'

    4. "Rakan saya pernah disuntik satu ubat ketika demam panas. Entah apa tak kena, sakit beliau berubah menjadi semakin pelik dan mengerikan. Tubuh kurus kering, tenaga turun ke tahap 1% hingga orang ingat akan mati. Mujurlah dibawa berjumpa pengamal perubatan islam dan pulih kembali seperti sediakala."
    - Terdapat banyak lubang-lubang yang meragukan disini.
    - Penyakit apakah itu?
    - Tenaga turun ke tahap 1%? Skor apa yang digunakan oleh doktor ketika itu bagi menggambarkan tahap tenaga pesakit? Aku belum pernah dengar skor yang menggambarkan tahap tenaga lagi sepanjang pengamalan perubatanku. Sila berikan pencerahan.
    - Pengamal perubatan Islam yang mana telah memulihkan beliau? Apa yang telah dibuat? Aku juga mahu tahu
    Aku selalu gunakan skor ini untuk kesakitan. Tak tahu pula tenaga ada skor peratusan!
    Sumber

    5. "Ubatan moden memaksa pengambilnya menjadi mat ubat seumur hidup. Ia tidak membuang penyakit, ia hanya menyembunyikan penyakit dari manusia. Apabila kesan ubat hilang, penyakit datang kembali."

    - Kalau nak dikatakan pengambil ubat-ubatan moden menjadikan pesakit menjadi 'mat ubat'? Aku TAK SETUJU!
    - Anda kena faham, mengapa doktor memberikan ubat kepada pesakit; puncanya adalah fisiologi badan telah berubah menjadi tak betul.
    - Fungsi ubat boleh dianalogikan seperti penampal pada bekas takungan air yang berlubang. Kalau tak ditampal, maka akan berlaku 'side effects' iaitu pembaziran air, serta saiz lubang yang semakin membesar.

    6. "Berbalik pada vaksin, setelah generasi penerima vaksin ini meningkat dewasa, banyak penyakit baru muncul. Penyakit yang belum ada zaman dahulu semakin banyak tercetus. Ini menyebabkan bidang perubatan sentiasa mencipta vaksin baru dan baru dan jika perkara ini tidak ditangani, saya percaya masyarakat dunia masa depan akan berbekal dengan ubatan vaksin sepanjang hayat."

    - Munculnya penyakit-penyakit baru? Adakah yang anda maksudkan adalah penyakit seperti avian flu, swine flu?
    - Anda telah SALAH FAHAM. Penyakit-penyakit ini datangnya daripada virus yang sentiasa bermutasi. Walaupun anda tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan sekalipun, tetap virus ini akan bermutasi. Itu adalah sifat virus ini
    - Disebabkan sifatnya yang bermutasi inilah juga manusia sentiasa terkena jangkitan viral fever.

    7. "Polio sendiri tercetus mutakhir ini apabila manusia mula mengamal vaksin malaria. Penyakit kanser, autoimun dan autisme juga muncul sejak zaman vaksinisasi."

    - Poliomyelitis sudah wujud sebelum zaman pra-sejarah lagi. Polio tercetus mutakhir ini? Adakah Neil ini berasal dari zaman pra-sejarah? ;-P
    - Penyakit kanser, autoimun ini mula di'diagnos' dan mula dilakukan 'early screening' setelah KEMAJUAN TEKNOLOGI, bukannya disebabkan vaksin. Harap maaf!
    - Dahulu kala, tiada orang yang melakukan post-mortem kepada mayat-mayat serta melakukan kajian patologi terhadap organ-organ yang dilihat bermasalah.
    - Kematian pula diterima sebagai taqdir, dan tidak dikaji sehinggalah zaman kemajuan teknologi.
    - Manusia mula beralih kepada fasa 'oncology screening' dan mahu merawat seawal mungkin, sebelum kanser bertambah parah dan sudah ditahap akhir
    Sumber; wikipedia (yang merupakan sumber asasi golongan 'cerdik pandai' ini)
    dan banyak lagi

    ----------------------------------

    Manakala bukti-bukti yang diberikan Neil juga bersifat 'social media' bukannya jurnal-jurnal ataupun kajian-kajian saintis yang diterbitkan secara rasmi.

    Bukti-bukti dari FB tidak boleh digunapakai sebagai sumber yang dipercayai

    Alasan yang bakal diberikan adalah 'media telah dikuasai Yahudi Zionis' tanpa menyedari bahawa media sosial seperti Facebook juga dimiliki Mark Zuckerberg yang mana merupakan orang Yahudi.

    2 comments: